AMBM @ MY LNAHighlightsIsu Semasa @ My LNA

Nambikkai gesa DBKL ambil tindakan tegas terhadap kegiatan perniagaan tidak sah warga asing di Little India, Brickfields

955
Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato' Dr. Kalai Vanar menunjukkan kenyataan media. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA

BRICKFIELDS, 20 September 2023 – Kerajaan digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang menggunakan pas lawatan dan ada yang langsung tidak mempunyai dokumen yang sah seperti passport negara asal dan menjalankan aktiviti menjaja di Brickfields dan di sektar Wilayah Kuala Lumpur.

Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr. Kalai Vanar. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA

Di dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr. Kalai Vanar tutut mendakwa bahawa warga asing bermaharajalela dan berani mencabar Kerajaan dan undang-undang negara ini.

“Mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan menjaja di serata tempat di Kuala Lumpur dan di bawah kawalan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Di Little India Brickfields, warga asing daripada wilayah Punjab, India dan Pakistan serta warga Tamil, Telegu dari Selatan India menjalankan aktiviti menjual barangan manisan dan barangan makanan tradisi India dengan meletak meja-meja besar yang diatur hadapan kedai-kedai perniagaan di sepanjang jalan di kawasan ini.” kata Dato’ Dr. Kalai Vanar.

Katanya lagi, tindakan tegas terhadap warga asing tersebut boleh diambil di bawah perkara 39(B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial. Ini termasuklah tindakan mengusir keluar mereka dari negara.

Katanya, mantan Ketua Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud pernah mengeluarkan kenyataan di media bahawa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur akan beri kerjasama sepenuhnya kepada DBKL dalam menguatkuasakan perkara di atas.

“Kebanjiran peniaga warga asing amat mengugat ketenteraman dan kedudukan ekonomi dan sosial warga Malayia, dimana warga tempatan terpaksa mohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga terpaksa mengambil lesen daripada DBKL bagi menjalankan kegiatan pernigaan termasuk menjaja di Kuala Lumpur.” tambah Dato’ Kalai Vanar.

Beliau juga meminta supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur mengaku dan bertindak segera menangani masalah tersebut. Katanyaa Datuk Bandar Kuala Lumpur seharusnya menyaran Unit Penguatkuasa DBKL untuk bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

“Untuk pengetahuan pihak Imigresen, Ketua Polis Negara dan Datuk Bandar Kuala Lumpur ialah bahawa terdapat individu-individu warga tempatan menjalankan aktiviti menjaja ini dengan memberi kebenaran penggunaan lesen mereka dalam perniagaan kedai gunting rambut, restoran, kedua menjual bunga di sini secara berleluasa namun tiada tindakan dari pihak DBKL seperti membatalkan lesen tersebut.” kata Dato’ Kalai Vanar.

“Kami sebagai badan NGO sekeras-kerasnya membantah segala aktiviti warga asing di Kuala Lumpur secara khususnya dan di Malaysia secara umumnya.” tegasnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

HighlightsMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Understanding and mitigating carewashing

By: Dr. Abdul Rahman Zahari In an era where corporate responsibility is...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...