AMBM @ MY LNAHighlights

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

277

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih RM27 juta telah berjaya dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Cenviro Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar bin Bachok berkata, pelupusan dadah yang terdiri dari jenis Ganja, Heroin, Morfin, Methamphetamine dan MDMA ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan.

Beliau turut berkata, dadah-dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor dan Zon Maritim Batu Pahat, Johor pada tahun 2020 dan awal tahun 2023.

Katanya, proses pelupusan dadah ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator yang diuruskan oleh Cenviro Sdn. Bhd. Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah yang dirampas tanpa mencemari alam sekitar.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media Majlis Pelupusan Dadah Lucut Hak Kes Maritim Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Pengurus Besar, Perkhidmatan Korporat, Cenviro Sdn. Bhd. En. Wan Azrizul Azad Zainal Abidin serta Timbalan Pengurus Besar, Operasi,Cenviro Sdn. Bhd. En. Mohd. Rizal Zambros.

Khairul Anwar juga berkata, proses pelupusan dadah ini telah dijalankan secara berperingkat dan teliti bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Bercakap kepada media, Khairul Anwar menegaskan pihak Maritim Malaysia akan meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara khususnya di lokasi titik panas (hotspot) yang disyaki menjadi lokasi kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah di laut. 

Terdahulu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Cenviro Sdn. Bhd kerana menjayakan program pelupusan dadah pada kali ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Business @ MY LNAHighlightsMedia OutReach NewswireMy LNA EnglishRetail @My LNA

Shopee Rai Lokal Strengthens Local Communities, Drives Digital Economy

Shopee supports 1.8 million Local Sellers; 500,000 Affiliates drove 90 million orders...

HighlightsLNA WorldMusic & Entertainment

Superman is back in 2025

Superman is back in 2025! On X today, we got snippets of...