BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAIsu Semasa @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Armizan turun padang tinjau harga beras dan barangan keperluan

266

GOMBAK 19 September 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya Sri Ternak, Selayang dan Pasar Raya NSK Selayang, Batu Caves, Selangor semalam.

Turut hadir dalam pemantauan yang dilakukan ini adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat kuasa (BPGK) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menurut Armizan, tinjauan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras dan barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya.

“Bermula 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat keterjaminan bekalan beras yang mencukupi dengan harga yang stabil dan terkawal.

Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan antara agensi di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN antara lain berperanan penting dalam mengenalpasti keseluruhan rantaian pengedaran beras di semua peringkat pemborong hingga ke peringkat peruncit.

KPDN memberi jaminan akan terus membantu KPKM memperkasakan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara dan menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa Kementerian terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI).” kata Armizan dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

i. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM 100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;

ii. Syarikat; boleh didenda sehingga RM 250,000.00.

Selain itu, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] iaitu memberi gambaran yang mengelirukan mengenai harga apa-apa barang atau perkhidmatan juga boleh diambil ke atas pihak yang terlibat dan dikenakan penalti seperti berikut:

i. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama atau didenda oleh mahkamah sehingga RM250,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya; dan

ii. Syarikat; boleh didenda sehingga RM250,000.00 bagi kesalahan pertama atau didenda sehingga RM500,000.00 bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya.

“KPDN juga menguatkuasakan Akta Timbang Dan Sukat 1972 [Akta 71] dan sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang berkaitan alat timbang dan sukat melibatkan padi dan beras, tindakan juga boleh diambil ke atas pihak yang terlibat di bawah Akta tersebut. Penalti adalah berdasarkan kepada kesalahankesalahan yang disabitkan.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah OPS JAMIN oleh KPDN bermula 7 Julai 2023 sehingga 18 September 2023, sebanyak 6,141 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran termasuklah di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit manakala sebanyak 175 aduan melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras diterima dalam tempoh yang sama dan telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan, harga purata tertinggi beras putih import (BPI) di Semenanjung Malaysia adalah RM40.65, manakala harga purata beras putih import di negeri Sarawak adalah RM39.21, di Sabah RM37.09 dan Wilayah Persekutuan Labuan pula RM37.83.” kata Armizan.

KPDN komited melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan beras di seluruh Negara di samping barangan keperluan harian lain serta menggalakkan pengguna untuk menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan dengan menyalurkan maklumat serta aduan yang lengkap berhubung ketidakpatuhan ke atas undangundang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian terutamanya berhubung isu kekurangan bekalan atau kenaikan harga beras melalui saluran berikut:

Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
i. Portal Aduan KPB: https://skpb.kpkm.gov.my/adu;
ii. E-mel Rasmi: aduankpb@kpkm.gov.my; dan
iii. Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya: 03-8870 1751/1748/1183.

Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. E-mel e-aduan@kpdn.gov.my;
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...