Home MY LNA Gaya Hidup @ My LNA Program Merdeka Sukacipta kukuhkan perpaduan masyarakat
Gaya Hidup @ My LNAMY LNAPerpaduan @ My LNASeni dan BudayaUTAMA

Program Merdeka Sukacipta kukuhkan perpaduan masyarakat

KUALA LUMPUR, 17 September 2023 – Balai Seni Negara telah megadakan program Merdeka Sukacipta, bersempena sambutan Hari Malaysia 2023 dan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-66 pada tahun ini. Program tersebut berlangsung pada 16 dan 17 September 2023 bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur dan telah mendapat kerjasama daripada Nestle Milo, Gardenia, Farm Fresh, Gempak Starz dan Institut Jantung Negara (IJN).

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak “Merdeka Sukacipta”, Pertandingan Kostum Kreatif dan Pertandingan Seni Melukis Figuratif.

Bagi Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak “Merdeka Sukacipta”, ia dibahagikan mengikut lima kategori iaitu Mewarna (OKU), Mewarna (6 tahun), Mewarna (7 – 9 tahun), Mewarna dan Melukis (10 – 12 tahun) serta Melukis (13 – 15 tahun).

Manakala Pertandingan Kostum Kreatif pula terbuka kepada warganegara berumur 6 tahun ke atas mengikut kategori umur. Sementara itu, Pertandingan Seni Melukis Figuratif yang diadakan pada hari kedua program adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Merdeka Sukacipta turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan pentas oleh Amir Jahari, Elmontaro dan Leaism, bazar jualan, Program Saringan Kesihatan, Jualan Car Boot, Foodtruck, Pound Rockout, Wall Climbing, Skateboard Clinic, Zumba dan Busking. Orang ramai turut berpeluang untuk melawat galeri Balai Seni Negara yang dibuka sehingga jam 10.00 malam pada hari ini dan masuk adalah percuma.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health

Mental health resilience and struggles are critical issues affecting a significant portion...

Environment @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

MELP: Empowering youth for sustainable energy and environmental resilience

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The successful transition to a cleaner...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...