BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

374

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak mereka yang cuba mengeksploitasi politik perkauman melampau demi mendapatkan kuasa.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mengajak seluruh rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya bersatu padu bagi mempertahankan negara daripada mereka yang sanggup mengorbankan perpaduan dan integrasi nasional akibat ketamakan politik masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menekankan bahawa kedangkalan pihak-pihak terbabit dalam menguruskan ekonomi akan merugikan negara.

“Seperti yang telah dibuktikan melalui pentadbiran mereka yang gagal di negeri-negeri yang kekal miskin dan terkebelakang sehinggakan bekalan air bersih pun tidak boleh disediakan.

“Hanya kerajaan perpaduan dapat menjamin kemakmuran untuk rakyat melalui pengurusan ekonomi yang cekap dan cemerlang,” ujar beliau dalam kenyataan perutusan Hari Malaysia.

Guan Eng menegaskan bahawa pihak-pihak terbabit menolak kemajmukan masyarakat Malaysia serta fitrah kerajaan yang inklusif dan berbilang kaum.

Menurut beliau, rakyat Malaysia tidak boleh berpecah belah dan mesti menyokong kerajaan perpaduan yang memelihara serta mewakili seluruh warganegara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Mereka yang menolak ekstremisme dan perkauman tidak boleh berpecah dan mesti memastikan Malaysia dimiliki rakyatnya yang lahir, menimba ilmu, menetap, bekerja, membayar cukai dan membesarkan anak-anak mereka di sini.

“Meskipun kerajaan perpaduan ini tidaklah sempurna, ia tidak melakukan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan malah kekal komited kepada hak-hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambah Guan Eng lagi.

Esok 16 September 2023 merupakan ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia yang ke-60.

Dengan slogan berbahasa Iban, “Segulai Sejalai” yang bermaksud ‘berjalan seiringan’, sambutan Hari Malaysia 2023 bakal berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Sumber : DAP Malaysia

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...