BM @ MY LNAPendapat @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Dua kunci mencapai SSL

512
Kerajaan dan pemain industri perlu lebih berani di dalam program R&D berkaitan padi dan beras. Gambar oleh Fauzan Saari - Unsplash.j

Oleh: Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan

Isu bekalan beras negara kembali menjadi perhatian utama dalam landskap krisis makanan global, dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak krisis beras yang melanda dunia pada tahun 2008, kebergantungan tinggi kepada import beras telah menjadi satu masalah yang semakin serius. Dengan lebih daripada 30 peratus keperluan beras Malaysia diimport, negara kini terdedah kepada risiko ketergantungan luar yang berpotensi membawa kepada krisis makanan dalam jangka masa terdekat.

Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan

Penting untuk negara ini bertindak segera dan berusaha untuk mencapai 100 peratus kadar mampu diri (SSL) dalam bekalan beras. Untuk mencapai matlamat ini, dua strategi utama ini perlu diambil.

Pengurusan padi yang lebih efisien

Pengurusan tanah padi negara perlu ditingkatkan secara menyeluruh. Kini, hampir 10 peratus kawasan tanah padi tidak diusahakan sepenuhnya, terutama semasa penanaman luar musim dan di kawasan bukan jelapang. Langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan kesemua tanah padi dapat dimanfaatkan dengan baik sepanjang tahun. Ini akan meningkatkan hasil padi secara keseluruhannya.

Kejayaan petani Sekinchan sejak sekian lama dalam penghasilan padi yang tinggi perlu dijadikan model bagi industri padi negara. Usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mereplikasi teknologi dan pengurusan penanaman padi Sekinchan ke seluruh negara perlu disokong dan disambut khususnya para petani.

Konsolidasi petani-petani kecil dengan bantuan yang tersasar juga mampu mengelakkan mereka mengamalkan 3-T (tanam, tinggal, tuai) pada sawah mereka. Konsolidasi ini dapat menyeragamkan pengurusan penanaman, memurnikan kos input dan pemantauan yang lebih menyeluruh kepada kawasan padi petani kecil ini yang kebanyakannya dimiliki oleh petani-petani berumur.

Meningkatkan produktiviti petani

Peningkatan produktiviti petani adalah kunci untuk mencapai kadar mampu diri yang lebih tinggi. Untuk mencapai sasaran 100 peratus SSL, kerajaan perlu mensasarkan penghasilan padi kepada purata 8 tan per hektar. Program latihan, kesedaran, dan pemantauan yang lebih menyeluruh harus diberikan kepada petani.

Di antara strategi lain adalah dengan cara mempelbagaikan teknik atau cara penanaman padi. Petani boleh diberi autonomi untuk mengamalkan teknik-teknik penanaman yang dirasakan sesuai berdasarkan kajian saintifik semasa. Penanaman secara agroekologi seperti Sistem Rice Intensification (SRI), penanaman padi secara organik, kawalan alternatif tanpa racun, dan penggunaan varieti padi yang pelbagai adalah di antara strategi yang boleh diperkenalkan kepada petani. Ini termasuk memperkenalkan padi-padi istimewa berpremium. Varieti yang pelbagai ini akan membantu adaptasi ketahanan tanaman, meningkatkan hasil, dan sekaligus meningkatkan kualiti padi dan beras. Ini penting di kala dunia sedang menghadapi krisis perubahan iklim yang membimbangkan. Kepelbagaian cara penanaman ini dapat membantu petani secara kolektif untuk melakukan intervensi segera jika sebarang bencana berlaku kelak. Penghasilan beras premium juga dapat membantu meningkatkan pendapatan petani.

Selain daripada itu, kerajaan dan pemain industri perlu lebih berani di dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan padi dan beras. Ini termasuk usaha untuk mempelbagaikan lagi variety padi berbanding sedia ada bagi memastikan penanaman padi dapat disesuaikan dengan microclimate kawasan penanaman padi seluruh negara. Inovasi kepada input padi perlu dipertingkatkan agar kos penanaman dapat dikurangkan. Inovasi ini sekaligus dapat Meningkatkan produksi input seperti baja dan racun di dalam negara akan mengurangkan ketergantungan pada import. Pemain-pemain tempatan perlu didorong untuk mengambil peranan dalam penghasilan input tersebut.

Kerajaan perlu serius dalam menangani isu kebergantungan import kita terhadap beras. Dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada import beras, Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dan menyeluruh. Dengan pelaksanaan strategi ini, negara ini dapat meningkatkan keterjaminan makanan, mengurangkan risiko krisis beras di masa depan, dan mencapai matlamat ketergantungan beras yang lebih rendah. Ini adalah usaha yang penting untuk memastikan makanan yang mencukupi bagi rakyat Malaysia.

Penulis merupakan Profesor Madya di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di shakirin@um.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...