AMBM @ MY LNAUTAMA

Pencalonan untuk Anugerah Raja Faisal Dibuka

309

Riyadh, 1 September 2023 – Sekretariat Agung Anugerah Raja Faisal mengumumkan semalam, 1 September 2023, bahawa ia mengalu-alukan pencalonan untuk Anugerah bagi tahun 2025 dalam lima kategorinya (Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Perubatan, dan Sains).

Setiausaha Agung Rajja Faisal, Dr. Abdulaziz Alsebail menegaskan bahawa ini menandakan kemuncak dalam sejarah panjang Anugerah selama 47 tahun, dalam mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan entiti terkemuka yang telah memartabatkan kemanusiaan dengan karya serta hasil usaha mereka. Dr. Alsebail menambah, subjek bagi kategori Anugerah bagi tahun 2025 adalah seperti berikut :

  • Pengajian Islam: Kajian Arkeologi di Semenanjung Arab
  • Bahasa dan Kesusasteraan Arab: Kajian Identiti dalam Kesusasteraan Arab
  • Perubatan: Terapi Selular
  • Sains: Fizik

Manakala hadiah Jasa kepada Islam adalah anugerah kehormat yang diberikan kepada mereka yang mempunyai prestasi yang sangat banyak dalam berkhidmat kepada Islam, umat Islam, dan kemanusiaan secara keseluruhannya.

Pencalonan untuk Anugerah Raja Faisal ini akan diteruskan dalam tempoh 7 bulan iaitu bermula daripada 1 September 2023 dan akan berakhir pada 31 Mac 2024, dan pencalonan akan diterima daripada institusi akademik dan saintifik serta pusat penyelidikan. Pencalonan boleh dihantar melalui pos, e-mel: Nominations@kingfaisalprize.org, atau melalui portal pencalonan Anugerah: https://www.kingfaisalprize.org/nominations.

Maklumat lanjut berkaitan Anugerah Raja Faisal dan undang-undang pentadbirannya boleh didapati di: www.kingfaisalprize.org.

Sejak tahun 1979, lebih daripada 290 dikalangan saintis dan sarjana dari 45 buah negara telah dianugerahkan dengan Anugerah Raja Faisal. Kebanyakan dikalangan pemenang Anugerah ini juga turut menjadi pemenang dan menerima anugerah global berprestij yang lain.

Setiap pemenang bagi lima kategori Anugerah ini akan menerima paten yang ditulis dalam kaligrafi Arab di atas kertas mewah, pingat emas 24 karat seberat 200 gram, dan 200,000 USD.

Dari Malaysia, Anugerah bagi kategori Jasa kepada Islam pernah dianugerahkan kepada:

1.Tunku Abdulrahman, telah diberi Anugerah Raja Faisal 1983. https://kingfaisalprize.org/winnerInfo/6

2. Tun Mahathir Bin Mohammad, telah diberi Anugerah Raja Faisal 1997. https://kingfaisalprize.org/winnerInfo/23

3. Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah diberi Anugerah Raja Faisal 2011. https://kingfaisalprize.org/winnerInfo/39

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...