Biz @ My LNABM @ MY LNA

Mercury Securities Group Berhad Sasar Raih RM39.27 Juta Daripada IPO

506

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2023 – Mercury Securities Group Berhad (“Mercury Securities” atau “Syarikat”), melancarkan prospektusnya hari ini bersempena dengan tawaran awam permulaan (“IPO”) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad ( “Bursa Securities”).

Mercury Securities ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat milik penuhnya, Mercury Securities Sdn Bhd (sebuah Organisasi Penyertaan Bursa Malaysia Securities Berhad dan sebuah Penasihat Utama yang Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) (secara kolektif “Kumpulan”) terlibat dalam penyediaan pembrokeran saham, khidmat nasihat kewangan korporat dan perniagaan lain yang berkaitan seperti perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin, perkhidmatan taja jamin dan penempatan, serta penyediaan penama dan perkhidmatan penjaga.

IPO itu diunjurkan mengumpul RM39.27 juta melalui terbitan 157.09 juta saham pada harga terbitan RM0.25 sesaham. Perolehan tersebut akan diperuntukkan mengikut seperti berikut:

  • RM26.86 juta digunakan untuk perkhidmatan kemudahan pembiayaan margin;
  • RM2.88 juta digunakan untuk menambah baik program pendigitalan dan aktiviti pemasaran untuk perniagaan dan operasi broker saham Kumpulan;
  • RM4.63 juta untuk modal kerja; dan
  • RM4.90 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Mercury Securities, Encik Chew Sing Guan berkata, “Kami merancang untuk memanfaatkan penyenaraian ini untuk terus berinovasi, mendigitalkan dan mengembangkan penawaran produk dan perkhidmatan kami. Dengan rangkaian pelbagai produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan sekarang, termasuk pembrokeran saham, kewangan korporat, perdagangan proprietari, pembiayaan margin dan khidmat nasihat penyelidikan, perkhidmatan penjaga dan penama, kami sedang memulakan perjalanan yang bukan sahaja merupakan tonggak korporat, tetapi juga batu loncatan bagi kumpulan kami untuk mencapai lebih tinggi dan lebih dalam dalam pasaran modal.”

Beliau menambah, “Mercury telah berjaya mendapatkan keuntungan setiap tahun sejak bermula operasi pada tahun 1992, walaupun pasaran saham mengalami pasang surut. Kami akan menjadi syarikat broker saham pertama yang mencari dan memperoleh penyenaraian IPO di Bursa Malaysia dalam 20 tahun terakhir. Seiring dengan kami memulakan babak baru ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan berbakat dan berdedikasi kami, serta pelanggan kami yang baru dan yang lama, dan juga mereka yang belum lagi menyertai kami. Pasaran modal sentiasa berubah dan Mercury akan berusaha untuk berubah juga, dan menjadi lebih baik.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Alyn Lim Geok Lian dari Public Investment Bank Berhad (“PIVB”) menyatakan, “Kehadiran Mercury Securities yang sekian lama bukan sahaja mengukuhkan kedudukan pasaran mereka tetapi juga membolehkan mereka mewujudkan pangkalan pelanggan yang berkekalan yang bertindak sebagai batu loncatan untuk pertumbuhan masa hadapan.”

Beliau menambah, “Ini tidak mungkin berlaku jika bukan kerana kepimpinan kukuh Encik Chew Sing Guan, Pengarah Urusan Mercury Securities yang telah membimbing Kumpulan ke tahap sekarang. Kami percaya bahawa Kumpulan berada di tangan yang berkebolehan dan akan terus meningkatkan tahap yang lebih tinggi dan mencipta lebih banyak nilai untuk semua pemegang kepentingannya.”

Selaras dengan pelancaran prospektus Mercury Securities, permohonan untuk Terbitan Awam dibuka mulai hari ini dan akan ditutup pada 5 September 2023 jam 5.00 petang. Mercury Securities dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada 19 September 2023.

Selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE, Mercury Securities akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM223.25 juta berdasarkan harga terbitan RM0.25 sesaham dan modal saham terbitannya yang diperbesarkan sebanyak 893.00 juta saham.

PIVB ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal untuk kerja-kerja IPO ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...