Biz @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

Penghantaran Secara Lestari untuk Malaysia: POS MALAYSIA Miliki Armada Kenderaan Elektrik Terbesar

454

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dalam misinya menjadi sifar bersih menjelang tahun 2050, telah menerima penghantaran 50 buah motosikal elektrik daripada Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), pemasang MEV-1, dan DRB-HICOM EZDrive Sdn Bhd (“AVIS”), penyedia program pajakan MEV-1.

Pos Malaysia berpegang teguh pada komitmen terhadap tanggungjawabnya kepada alam sekitar dalam melaksanakan Pelan Hala Tuju Kelestariannya dan menjadi pelopor dan contoh utama dalam sektor lojistik berkenaan keupayaannya; demi kakitangannya, para pelanggan dan bumi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, “Inisiatif ini merupakan penanda penting dalam komitmen berterusan kami terhadap kelestarian alam sekitar. Selain daripada jumlah keseluruhan 55 buah motosikal elektrik yang telah beroperasi di Lembah Klang, kami akan memobilisasikan 50 lagi motosikal elektrik MODENAS ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Johor, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak. Matlamat kami adalah untuk mempunyai sasaran 200 buah motosikal elektrik dan 143 buah van elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2023. Kami amat komited dengan penyataan tujuan kami iaitu bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, dan kami menyasarkan untuk menukar semua kenderaan penghantaran batuan terakhir kami kepada kenderaan elektrik menjelang tahun 2030. Pendek kata, kami akan melakukan penghantaran yang lebih bersih dan mesra alam!”

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata, “MEV-1 mewakili inovasi dan penyelesaian mobiliti lestari serta melambangkan komitmen MODENAS untuk menyediakan alternatif pengangkutan yang mesra alam di Malaysia dan di luar negara. Dengan teknologi terkini dan reka bentuk yang elegan, MEV-1 melambangkan lonjakan yang signifikan ke arah masa depan yang lebih mesra alam bagi landskap pengangkutan negara.”

“Dengan Pos Malaysia, kami bangga untuk menyumbang secara aktif kepada pengurangan jejak karbon di Malaysia. Terdapat potensi besar bagi kita untuk berbuat lebih baik untuk bumi ini dan kami ingin memastikan penggunaan bahan api dan pencemaran berkurangan, melalui penggunaan cara-cara inovatif untuk menggalakkan kecekapan tenaga” kata Mohd Syahrul Yusuf, Ketua Pegawai Operasi AVIS Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...