BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023): Meraikan Pengalaman Pelancongan Mesra Muslim Di Malaysia

440
Ipoh,18 Ogos 2023.Majlis pelancaran Islamic Tourism Month (ITM) oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan juga Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya YB Khairul Firdaus Akbar Khan di Casuarina @Meru Ipoh.

IPOH, PERAK, 18 OGOS 2023 – Pusat Pelancongan Islam, sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini melancarkan Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023), sambutan selama satu bulan, menampilkan pelbagai tawaran pelancongan mesra Muslim menarik oleh industri pelancongan negara.

ITM 2023 telah dilancarkan di Casuarina Convention Centre, Ipoh Perak oleh YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dengan kehadiran istimewa YB Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Nizran Noordin, Ketua Pengarah ITC.

Ipoh,18 Ogos 2023.Majlis pelancaran Islamic Tourism Month (ITM) oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan juga Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya YB Khairul Firdaus Akbar Khan di Casuarina @Meru Ipoh.

MOTAC berhasrat untuk menonjolkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim, menggalakkan dan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pemain industri dan ekosistem pelancongan menerusi ITM 2023.

Diadakan dari 21 Ogos hingga 17 September 2023, ITM 2023 merupakan satu bulan yang penuh dengan pelbagai acara, aktiviti dan tawaran pelancongan kepada orang awam, pelancong dan penggiat industri pelancongan termasuk para usahawan menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman pelancongan mesra Muslim yang memperkayakan di Malaysia.

Selain daripada pelbagai tawaran promosi istimewa untuk penginapan, pakej pelancongan, pengalaman spa dan penjagaan diri, makanan dan minuman, membeli-belah dan peruncitan serta acara, seminar dan pameran, ITM 2023 turut sama menganjurkan acara unik; Hari Terbuka Masjid yang dianjurkan bersama masjid-masjid terkemuka di seluruh Malaysia dengan lawatan istimewa dan aktiviti menarik yang telah dirangka, terbuka untuk segenap masyarakat.

Pengalaman Bulan Pelancongan Islam tahun ini dipertingkatkan lagi dengan penggunaan teknologi QR, di mana, dengan hanya menggunakan peranti pintar anda, anda boleh mengimbas dan mendapatkan akses segera kepada tawaran dan promosi yang menarik, bersama-sama dengan maklumat penting tentang acara, produk dan perkhidmatan yang telah disediakan khas oleh ITM 2023 dan rakan-rakan strategik untuk sepanjang bulan ini. Terdapat juga Cabaran Tik Tok dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Antara hadiah utama adalah 30 kad pra-bayar dengan nilai RM1,000 setiap satu ditawarkan oleh Mastercard.

Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai negara utama dalam sektor MFTH di rantau ini oleh State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2022. Malaysia turut mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi Mesra Muslim utama dalam Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2023, posisi yang dipertahankan sejak indeks tersebut dilancarkan pada tahun 2015.

Pada masa sama, Malaysia turut diiktiraf sebagai Destinasi Utama Mesra Muslim (kategori negara OIC) dan Destinasi Utama Mesra Wanita Muslim di Anugerah Pelancongan Halal (Halal in Travel Awards) 2023.

Sewaktu pelancaran ITM 2023, YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad menegaskan bahawa Perak sentiasa berada di hadapan, menerajui ekonomi pengalaman menerusi pelancongan Islam, di mana ia merupakan sebahagian daripada pelan tindakan Perak Sejahtera 2030.

Menurut Menteri Besar Perak, “Perak dikenali dengan negeri yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi. Dengan sokongan kerajaan negeri dan kerjasama masyarakat, kami telah memulakan perjalanan untuk mengubah Perak menjadi destinasi utama mesra Muslim selaras dengan pelan tindakan Perak Sejahtera 2030. Bulan Pelancongan Islam 2023 hanyalah permulaan kepada babak yang menarik, kerana kami menantikan acara besar ‘Tahun Melawat Perak 2024’”.

Ipoh,18 Ogos 2023.Majlis pelancaran Islamic Tourism Month (ITM) oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan juga Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya YB Khairul Firdaus Akbar Khan di Casuarina @Meru Ipoh.

Turut berucap pada majlis itu, YB Khairul Firdaus Akbar Khan menyatakan bahawa Malaysia menarik 10.07 juta pelancong antarabangsa tahun lepas sejak pembukaan semula sempadan antarabangsa pada April 2022, dan daripada jumlah tersebut, seramai 2.12 juta adalah pelancong Muslim dengan nilai perbelanjaan RM5.37 bilion.

“Ini adalah bukti kejayaan usaha sama antara pemain industri, yang selaras dengan strategi utama di bawah Dasar Pelancongan Negara 2020-2030. Bulan Pelancongan Islam mempunyai potensi besar untuk menjadi acara penting bagi Malaysia untuk menarik pelancong Islam dari rantau ini dan seterusnya,” kata Timbalan Menteri MOTAC.

Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin menekankan bahawa setiap acara dan aktiviti telah disusun khas oleh ITC dan rakan kongsinya untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan kepada semua pengembara Islam dan bukan Islam.

“Bulan Pelancongan Islam 2023 berfungsi sebagai platform untuk mencipta nilai yang besar untuk industri, orang ramai dan pelancong. Bagi pemain industri pelancongan, ini adalah peluang untuk mereka menawarkan produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi oleh pasaran pelancong Muslim.

Pada masa yang sama, pelancong domestik dan pelancong antarabangsa dapat merasai kepelbagaian budaya Malaysia dan gaya hidup Islam yang sederhana dalam persekitaran yang selamat dan mesra. Secara keseluruhannya, ia memupuk persefahaman bersama dan menggalakkan gaya hidup dan warisan Islam, memupuk ikatan persahabatan dan keharmonian yang lebih kukuh dalam kalangan lapisan masyarakat,” kata Nizran Noordin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...