Home MY LNA AM Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ dilancarkan
AMBeritaGaya Hidup @ My LNAMY LNAPerpaduan @ My LNAUTAMA

Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ dilancarkan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2023 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, telah melancarkan Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ buat julung-julung kalinya diadakan bersempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) di Fahrenheit88 Mall, Bukit Bintang.

Program tersebut dilaksanakan dengan kolaborasi di antara Arkib Negara Malaysia bersama Fahrenheit88 Mall, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan ‘We Are Greater Together’ selaras dengan tema sambutan HKHM 2023 iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Pelaksanaan program itu juga adalah untuk mengiktiraf industri kartun tempatan di mana para kartunis telah menterjemahkan warisan dan budaya negara secara kreatif dan unik selain menepati hasrat kerajaan dalam usaha memelihara warisan dan budaya sebagai wadah melestarikan perpaduan. Ia juga mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya kepada generasi muda hari ini tentang potensi industri kartun tempatan yang boleh diangkat hingga ke peringkat global sebagaimana karya ‘Kampung Boy’ yang dihasilkan oleh Dato’ Lat yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya melihat program ini turut menyemarakkan slogan ‘Segulai Sejalai’ yang diaspirasikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan berjaya menarik perhatian pelbagai peringkat masyarakat, tidak hanya golongan kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa, kerana apa yang dipamerkan adalah bahan bacaan hiburan berbentuk kartun dan komik sejak era 1950an hingga kini,” ujar Aaron.

Majlis pelancaran pameran kartun itu telah dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu yang terdiri daripada wakil-wakil dari agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara, pengurusan tertinggi Fahrenheit88 Mall, barisan exco Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) dan turut disertai oleh penggiat-penggiat seni kartun, komik dan animasi Malaysia yang lain.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Kajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Maulidurrasul agenda penyatuan ummah MADANI

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Saban tahun, umat Islam tidak terlepas...

Economy @ MY LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Promoting a community-based circular economy

By: Datin Sri Prof. Dr. Suhaiza Hanim Dato Mohamad Zailani Waste production...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

BernamaGaya Hidup @ My LNAMY LNAPelanconganUTAMA

‘Festival Kota Selatan’ Himpunan Kepelbagaian Seni Budaya dan Warisan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

PONTIAN, JOHOR,  25 Sept (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...