AMBerita @ My LNABM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Politeknik Mersing Johor jalin kerjasama strategik dengan institusi pendidikan Indonesia perluas perkongsian ilmu antara dua negara

426

Baru-baru ini Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah memeterai kerjasama dengan tiga institusi pendidikan dari Indonesia iaitu Universitas Ibnu Sina, Batam (UIS), Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Batam dan Politeknik Jambi.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen Agreed Minutes & Meeting (AMM) antara Pengarah PMJ, Puan Hilmun binti Mohamed dan Prof. Madya Dr. Haji Mustaqim Syuaib, SE., M.M., Rektor Universitas Ibnu Sina Batam (UIS) dan diikuti
dengan Dr. Muhammad Juni Beddu.Lc.,MA, Ketua Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina Batam dan diakhiri dengan Pn. Ir. Hajjah Hilda Porawati., M.T selaku Direktur Politeknik Jambi yang diadakan disini baru-baru ini. Jalinan kolaborasi ini juga adalah bersempena dengan Persidangan Liga Ilmu Serantau (LIS) Kali Ke-9 2023.

Menurut Dr. Haji Mohd Zahari, persidangan kali ini mengangkat tema “Digital Transformation Towards Infinite Possibility” bertepatan dengan amanat Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada Amanat Tahun 2023 yang mencadangkan “A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia”.

“Kerajaan memandang serius dalam merancang strategi memajukan ilmu penyelidikan dan inovasi untuk mengurangkan beban pentadbiran. Selain itu, galakan dalam memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pengetahuan yang mampu menarik pelajar, penyelidik dan bakat dari seluruh dunia akan diperkasakan semula melalui Agenda
Jangkauan Global Malaysia”, katanya.

LIS direalisasikan hasil daripada Nota Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia. Nota Persefahaman itu telah ditandatangani oleh PMJ yang mewakili Malaysia manakala Indonesia diwakili oleh Yayasan Pendidikan Ibnu Sina pada tarikh keramat 11 Jun 2014 di Kota Batam, Indonesia. Hingga kini, hubungan antara kedua negara berjaya dikukuhkan dengan jalinan kerjasama antara beberapa institusi termasuklah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PMJ, UIS dan Politeknik Jambi, Indonesia. LIS juga merupakan platform kepada para pensyarah di Malaysia dan Indonesia untuk membentangkan hasil penyelidikan, kajian, penemuan baharu serta perkongsian ilmu untuk manfaat bersama di samping mempereratkan hubungan antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, Dr. Mohd Zahari turut merasmikan Surau Al-Irsyad PMJ serta melancarkan program Trash Transformer di bawah Polytechnic Social Responsibility yang menjadikan pengumpulan fabrik dan pakaian terpakai daripada penduduk setempat untuk didermakan dan dikitar semula sebagai fokus dalam mendokong usaha melestarikan alam sekitar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...