Home MY LNA Gaya Hidup @ My LNA Pameran Hanya Satu: Atma Kirana Hayati Rukun Negara dan Warisan Budaya Malaysia
Gaya Hidup @ My LNASeni dan BudayaUTAMA

Pameran Hanya Satu: Atma Kirana Hayati Rukun Negara dan Warisan Budaya Malaysia

9 OGOS 2023 – Balai Seni Negara menerusi Pameran Hanya Satu (Single) membawakan karya yang bertajuk ‘ATMA KIRANA’ oleh Abdul Shakir atau lebih dikenali sebagai Grasshopper bermula pada 9 Ogos 2023 di ruang lobi bangunan
Galeri Balai Seni Negara. Grasshopper merupakan seorang artis multimedia terkenal di Malaysia yang sering menghasilkan karya seni digital dan interaktif.

ATMA KIRANA merupakan sebuah eksplorasi seni yang mendalam dan menekankan rukun negara sebagai subjek utama. Atma Kirana diterjemahkan melalui Bahasa kuno Melayu atau Sanskrit sebagai “jiwa yang indah”. Ia merupakan koleksi visual digital yang dipersembahkan melalui lima variasi bunga motif berdasarkan prinsip rukun negara iaitu Percaya, Setia, Luhur, Adil dan Baik.

Karya ini memberi kesan animasi melalui bentuk dan cahaya yang menakjubkan dan dipamerkan menerusi koreografi instalasi daripada 100 panel LED tergantung yang diletakkan dengan teratur untuk membolehkan orang ramai melihat karya ini dari pelbagai sudut pandang dan seterusnya dihayati.

Selain itu, bagi melahirkan komitmen terhadap kelestarian alam, panel LED yang digunakan bagi pameran ini terdiri daripada panel yang telah dikitar semula daripada papan iklan di sekitar bandar.

ATMA KIRANA disokong oleh Yayasan TM (YTM) melalui ‘Digital Tech Incubator Programme (DTI)’. ATMA KIRANA turut dijayakan oleh Pixel World, Helio Media, iNYALA, Filamen, PORT Ipoh, Converse Malaysia, dan RUBIX Communications.

Dalam pada itu, beberapa program sokongan seperti sesi perkongsian oleh artis serta bengkel bakal diadakan bagi meraikan pameran ini.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai sehingga 30 Oktober 2023 dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

CuacaMY LNAUTAMA

Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda enam negeri

25 September 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran...

AMMY LNAUTAMA

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang...

AMMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...