Home MY LNA Biz @ My LNA Pos Malaysia Memperkenalkan Pos Raudhah
Biz @ My LNAMY LNA

Pos Malaysia Memperkenalkan Pos Raudhah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), pembekal perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia memperkenalkan Pos Raudhah, pakej langganan yang menyediakan perlindungan untuk bantuan khidmat urusan jenazah 24 jam atau bantuan tunai untuk pengurusan pengebumian.

Pakej langganan ini dengan kerjasama bersama Bumijez Sdn. Bhd. bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan kewangan serta meringankan beban waris apabila menguruskan pengebumian selepas kematian yang tersayang.

Pos Raudhah kini tersedia di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia. Pakej langganan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 1 tahun hingga 69 tahun, termasuk mereka yang beragama Islam dan bukan Islam, dan prosedur akan dijalankan mengikut syarat dan kesesuaian agama masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat, pengenalan Pos Raudhah mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan bantuan dan sokongan menyeluruh kepada komuniti pada detik-detik paling sukar dalam hidup. Pos Raudhah bukan sekadar inisiatif perniagaan; ia mencerminkan keprihatinan ikhlas kami terhadap kesejahteraan
masyarakat.”

“Pos Malaysia, dengan sejarah lebih 200 tahun, berbangga untuk mempelbagaikan tawaran kami demi manfaat rakyat Malaysia. Dengan pejabat pos yang berfungsi sebagai hab komuniti yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, komitment kami terhadap inovasi kekal teguh seiring dengan usaha kami untuk terus memberikan nilai kepada rakyat,” tambahnya.

Pelanggan boleh memilih daripada dua pakej mampu milik iaitu Pakej 80 (RM80 setahun) atau Pakej 120 (RM120 setahun), dan keahlian boleh diperbaharui setiap tahun. Pakej langganan khairat kematian ini meliputi bantuan nasihat, bantuan dokumentasi, khidmat van jenazah, memandikan dan mengkafankan jenazah, solat jenazah, pengebumian dan bacaan talkin.

Selain itu, Pos Raudhah juga menyediakan dana Kemalangan Diri Takaful (“Personal Accident Takaful”) yang menawarkan dana tambahan sehingga RM10,000. Sekiranya berlaku kematian, pelanggan atau ahli keluarga boleh menghubungi talian hotline 24 jam di 1800-886-887.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pakej Pos Raudhah boleh mengunjungi cawangan Pos Malaysia yang terdekat, layari laman web rasmi di https://posraudhah.com atau hubungi nombor talian +603 8082 9000 untuk maklumat lanjut

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Kajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Maulidurrasul agenda penyatuan ummah MADANI

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Saban tahun, umat Islam tidak terlepas...

Economy @ MY LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Promoting a community-based circular economy

By: Datin Sri Prof. Dr. Suhaiza Hanim Dato Mohamad Zailani Waste production...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

BernamaGaya Hidup @ My LNAMY LNAPelanconganUTAMA

‘Festival Kota Selatan’ Himpunan Kepelbagaian Seni Budaya dan Warisan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

PONTIAN, JOHOR,  25 Sept (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...