Berita @ My LNABM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Talentcorp Memberi Pendedahan Awal Aspek Kerjaya dan Industri Kepada Murid Sekolah di Kedah Menerusi Program Yes! Rock The School

425
B Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia dan YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan bersama 600 pelajar sekolah semasa Pelancaran YES! Rock The School Edisi Mega Kedah 2023

SUNGAI PETANI, 31 Julai (Bernama) — Menyedari akan kepentingan untuk memupuk tenaga kerja muda masa hadapan, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengukuhkan lagi komitmennya serta strategi kemampanan ke arah pembangunan bakat negara melalui pelaksanaan inisiatif YES! Rock The School.
 
Kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) ini bertujuan untuk memanfaatkan pelajar sekolah menengah dengan memberikan pendedahan awal berhubung kerjaya dan ilmu pengetahuan berkenaan tempat kerja.
 
YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia turut memuji usaha TalentCorp ketika Majlis Pelancaran YES! Rock The School Edisi Mega Kedah 2023 atas dedikasi dan usaha agensi tersebut dalam membantu pelajar sekolah untuk membuat keputusan yang berinformasi serta aliran pendidikan dan pilihan kerjaya masa hadapan mereka.
 
“Kepentingan kesedaran awal berhubung sektor pekerjaan, laluan kerjaya dan tempat kerja tidak boleh dipertikaikan. Dengan adanya penglibatan proaktif bersama pelajar dari bangku sekolah, kita mempunyai peluang yang baik untuk membina asas yang kukuh bagi kejayaan masa hadapan mereka. Selain itu, pada skala yang lebih luas, KSM boleh menangani isu ketidakpadanan pekerjaan dan jurang kemahiran masa depan dengan lebih berkesan dalam aspek pasaran buruh negara,” katanya.
 
Setelah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan, TalentCorp telah membawa program YES! Rock the School kepada 15 sekolah di 7 wilayah, dengan penyertaan lebih 2,000 pelajar, guru dan kaunselor yang telah mengambil bahagian.
 
Edisi Mega sulung YES! Rock the School yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menerima penyertaan 600 pelajar daripada 20 buah sekolah di wilayah tengah dan selatan negeri ini.
 
YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan, turut menekankan kepentingan bagi memperkenalkan program YES! Rock The School anjuran TalentCorp ini di seluruh Malaysia, kerana ia memainkan peranan penting dalam menyemai nilai utama serta memupuk semangat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
 
“Pendidikan yang merangkumi pendidikan formal, sudut pandangan dan pengalaman yang diperolehi daripada pengetahuan dunia sebenar akan memperkasakan seseorang pelajar itu ke arah yang lebih baik dari segi cara pelajar mengubah kehidupan mereka, mengatasi kesukaran, seterusnya menyumbang secara bermakna kepada kemajuan negara. Kerjasama seperti ini akan mempersiapkan pelajar dengan peralatan dan kebijaksanaan untuk membuat keputusan penting serta lebih bersedia apabila mereka meninggalkan bangku sekolah,” tambahnya.
 
Program yang dijalankan selama satu hari itu turut memperkenalkan kepada pelajar tentang mynext Profiling Assessment yang dibangunkan oleh TalentCorp dimana ia membimbing pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang keupayaan mereka serta faktor kebolehpasaran pekerjaan pelajar, perkongsian maklumat tentang pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran menerusi Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (MyCOL) oleh TalentCorp. Manakala rakan kongsi strategik TalentCorp seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Empathy for Youth, dan Monsters Among Us turut berkongsi pentas dalam membincangkan aspek Sains Komputer Unplugged, Membangunkan Harga Diri yang Positif, serta Keselamatan dan Perlindungan Digital Kanak-kanak.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Encik Thomas Mathew turut berkata bahawa program YES! Rock the School merupakan salah satu kerjasama rentas kementerian bersama TalentCorp dalam misi untuk menarik, memupuk, dan mengekalkan bakat terbaik bagi menyokong kemajuan ekonomi Malaysia.
 
“Kami berharap program YES! Rock The School ini dapat diperluaskan kepada lebih banyak sekolah di seluruh Malaysia. Program intervensi seperti ini harus dimulakan dari peringkat awal. Dengan adanya sokongan dari kerajaan dan rakan industri, TalentCorp boleh melakukan perubahan positif dalam menjaga kepentingan pembangunan bakat muda Negara,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...