BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Mahdzir Mahu Ulangi Kejayaan Calon ‘Underdog’ Rampas DUN Pedu

212

PADANG TERAP, 29 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu mengulangi kejayaannya pada 2004 dan 2008 sebagai calon ‘underdog’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.

Menurut beliau, situasi yang dialaminya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi berkenaan daripada wakil rakyat Pas.

Kejayaan lalu itu bagaimanapun dianggapnya sebagai sejarah dan ia dijadikan panduan untuk disesuaikan dengan situasi masa kini yang jauh berbeza situasi politiknya.

“Saya bermula sebagai wakil rakyat di DUN Pedu dan pada masa itu saya merupakan calon bukan pilihan, juga bertanding melawan Pas.

Kali ini situasinya hampir sama dan saya yakin pengundi akan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sini,” katanya selepas diumumkan sebagai calon DUN Pedu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Iman Hazwan Abd Halim di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, di sini hari ini.

Dun Pedu menyaksikan Mahdzir akan bertembung satu lawan satu dengan penyandang kerusi berkenaan, Mohd Radzi Md Amin daripada Perikatan Nasional (PN-Pas).

Pada PRU-14, Mohd. Radzi memenangi DUN Pedu menewaskan calon BN, Kama Noriah Ibrahim serta Hashim Idris dari PKR dengan majoriti 670 undi.

Seramai 28,586 pemilih layak mengundi di kawasan DUN Pedu melibatkan 51 saluran mengundi kali ini.

Ditanya mengenai kemenangan dua penggal di DUN Pedu bukan suatu kelebihan, Mahdzir mengakui ia sekadar sejarah dan menjadikan perkembangan politik baharu sebagai panduan untuk mendekati pengundi.

“Itu cerita lama, sekarang kita buka cerita baru (Kerajaan Perpaduan). Sejarah menjadi panduan, kita tak ambil 100 peratus berdasarlan sejarah lalu. Perkara yang berlaku pada ketika ini harus diambil kira,” ujarnya.

Beliau turut percaya momentum positif sebelum hari penamaan calon serta sokongan akar umbi akan berpihak kepada BN.

“Saya nampak trend positif untuk BN dan PH di DUN Pedu dan DUN Kuala Nerang bawah Parlimen Padang Terap. Campuran undi BN-PH berdasarkan arus yang berlaku mampu berikan kemenangan.

“Pengundi boleh fikirkan sebaiknya apa yang positif untuk kebaikan mereka. Saya lihat pertimbangan (pengundi) atas kebaikan masa depan, bukan emosi,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...