BM @ MY LNAEditor's ChoiceGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Muzium ‘Pop-Up’ The World Of Tim Burton Menerima Kunjungan Lebih 100 Orang Anak Yatim Bertujuan Untuk Menyediakan Kemudahan Pendidikan Kesenian Kepada Semua Golongan

363

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2023 – Sejak pelancarannya pada Mac 2023, muzium pop-up bertaraf dunia, The World of Tim Burton telah mengkagumkan ribuan penggemar seni dan peminat pengarah filem dan seniman ikonik, Tim Burton, dari seluruh rantau Asia Tenggara. Dilengkapi dengan lebih 500 buah karya seni asli termasuk lukisan, fotograf, buku-buku lakaran, hasil kerja imej bergerak dan arca dalam lebih 10 buah seksyen bertema, muzium pop-up tersebut membolehkan para pengunjung mengalami watak-watak dan dunia hasil seni Tim Burton seperti Edward Scissorshands, Alice in Wonderland, Charlie and the Chocolate Factory, Beetlejuice, Frankenweenie, Tim Burton’s The Nightmare Before Christmas, Corpse Bride, Batman, Wednesday dan banyak lagi.

Penganjur dan penerbit The World of Tim Burton, Toybox Projects Sdn. Bhd. mendapati seni dapat memberikan inspirasi, semangat dan memperkasakan minda-minda muda, lantas mengambil peluang untuk melakukan perubahan dalam kehidupan mereka-mereka yang tidak mendapat kemudahan mengalami pendidikan kesenian dan kebudayaan.

Lebih 100 orang anak yatim dari 5 buah rumah termasuk Pusat Pembelajaran Alternatif Tzu Chi, Rumah Chrestus Orphanage dan Good Samaritan telah dijemput untuk mengalami pendidikan secara imersif dan eksklusif di Pameran The World of Tim Burton. Para tetamu istimewa ini diberi lawatan yang direka khas, bengkel seni interaktif dan cenderahati istimewa khusus untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan kreativiti kanak-kanak. Para pemandu dan pendidik yang berpengetahuan bekongsi cerita-cerita unik di sebalik hasil kerja ikonik Tim Burton sambil menggalakkan kanak-kanak ini untuk mengembara ke dunia seni dengan minda yang segar.

Presiden Toybox Projects, Yuri Aizawa berkata, “Harapan kami adalah untuk memberi pengalaman yang diingati kepada golongan muda ini, mencetuskan imaginasi dan menggalakkan mereka untuk mengembara ke dunia seni dan kreativiti. Muzium Pop-up The World of Tim Burton berdiri sebagai sambutan semangat transformasi seni, dan kami diberi keistimewaan untuk berkongsi pengalaman ini dengan minda-minda muda. Dengan ini, kami dengan berbesar hati, teruja untuk menjemput kanak-kanak dari rumah-rumah anak yatim, pusat-pusat pelarian, pertubuhan kebajikan dan pusat pembelajaran untuk datang dan menjelajahi The World of Tim Burton di Pavilion Bukit Jalil bersama kami sebelum ia melabuhkan tirai pada 30 Julai 2023.”

Sejak 2014, The World of Tim Burton menjelajahi dunia, mengunjungi pelbagai negara di Asia termasuk Jepun dan Taiwan. Kuala Lumpur menjadi satu-satunya persinggahan di Asia Tenggara dan yang terakhir di Asia. Dalam usaha untuk menjemput lebih ramai pengunjung, Toybox Projects akan menawarkan tawaran terhad iaitu potongan 50% untuk pembelian 2 tiket atau lebih, termasuk semua kategori. Para peminat cosplay diberi tawaran istimewa dengan harga eksklusif RM20 sekiranya mengenakan watak-watak Tim Burton, mengambil gambar di luar pameran tersebut dan berkongsi di laman sosial.

Muzium pop-up tersebut turut menjemput sekolah-sekolah yang ingin membuat lawatan melalui pembelian pukal, mencerminkan dedikasinya untuk membolehkan kesenian tersedia kepada generasi muda. Kepada para peminat yang mencari cenderahati unik, pelbagai barangan eksklusif boleh didapati seperti poster edisi khas, poskad, pelapik gelas dan kemeja-T tersedia untuk pembelian di pameran tersebut.

Tambahan lagi, para penggemar seni dan peminat Tim Burton boleh mendapatkan rantai kunci edisi terhad menampilkan watak-watak Tim Burton, yang hanya terdapat 500 unit di seluruh dunia. Turut tersedia lukisan ‘Kuala Lumpur’ pilihan Tim Burton yang hanya terdapat 300 unit di pameran tersebut secara eksklusif.

The World of Tim Burton direka bentuk secara inklusif dan mesra keluarga, sambil memastikan ianya boleh diakses dengan kerusi roda. Toybox Projects menjemput semua orang untuk mengalami keajaiban kreativiti dan imaginasi di The World of Tim Burton di Pavilion Bukit Jalil, yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara dan menjadi hentian terakhir di Asia sebelum melabuhkan tirai pada 30 Julai 2023. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengembaraan yang akan memberi memori yang berkekalan.

Kepada rumah-rumah anak yatim, pusat-pusat pelarian, pusat pembelajaran dan sekolah-sekolah yang berminat untuk melawat The World of Tim Burton, sila hubungi reachme@toyboxprojects.com  

Tiket boleh dibeli melalui: https://premier.ticketcharge.com.my/shows/theworldoftimburton 

Untuk maklumat lanjut mengenai The World of Tim Burton, sila layari: https://www.toyboxprojects.com/timburton 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...