BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Tun M dakwa Tengku Zafrul yang over excited

106

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Menteri MITI Tengku Zafrul kelihatan agak over-excited dengan laporan yang tidak tepat yang mengatakan bahawa saya bertemu pelabur yang ingin melabur sehingga RM500 billion.

Dalam cacatan di Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata laporan itu telah diperbetulkan sendiri oleh penerbit akhbar tersebut tanpa permintaan dari sbeliau, dan kenyataan yang sebenar ialah pelaburan yang beliau nyatakan adalah sebanyak RM500 million telah dimuat naik mengganti laporan asal.

“Agaknya sebelum sempat akhbar itu lakukan pembetulan, Tengku Zafrul tanpa berlengah telah memuat naik di video di media sosialnya dengan memberi perincian bahawa RM309 bilion ialah pelaburan tertinggi setahun yang pernah didapati oleh Malaysia, dan di zaman saya jadi PM pun tak pernah dapat pelaburan mencecah RM500 billion.”

“Jika sifat over-excited Tengku Zafrul terhadap laporan yang tidak tepat itu terdapat juga di dalam dirinya ketika mencari dan mendapatkan pelabur ke Malaysia, saya yakin keadaan ekonomi Negara yang kelam dan muram ini dapat di atasi.”

“Kalau setakat buat pengumuman ada pelbagai cadangan dan tandatangan puluhan MOU berkait pelaburan tanpa keputusan yang muktamad tidak akan membangun ekonomi Negara.” sindir Mahathir.

Mahathir turut meminta agar engku Zafrul perincikan pelaburan yang telah masuk dan dimuktamadkan di Malaysia sejak dia jadi Menteri di bawah pentadbiran ini.

“Ada orang yang tanya jika saya kenal siapa Tengku Zafrul. Saya bagi tau tak begitu kenal secara peribadi tetapi saya dengar cerita pasal dia termasuk dia menyanyi dalam kugiran sebelum pilihanraya ke-14 sokong kerajaan kleptokrasi.”

“Selepas saya jadi PM ada pegawai saya minta supaya jangan ambil tindakan terhadap Tengku Zafrul walaupun ada usaha untuk buang dari CIMB. Saya kata Kerajaan pimpinan saya tidak akan aniaya sesiapa kecuali jika dapat bukti kesalahan.”

“Dia dilantik Tan Sri Muhyiddin jadi Menteri Kewangan dan dia dikecam Datuk Seri Anwar sebagai Menteri yang jaga bank dan bukan jaga rakyat.” kata Mahathir lagi.

Tambahnya, walau kalah dalam pilihanraya umum ke-15 atas tiket UMNO, Datuk Seri Anwar, yang sebelum itu kecam Tengku Zafrul lantik dia jadi Menteri sekali lagi.

“Kalau ikut Datuk Seri Anwar, Tengku Zafrul ni memang tak layak jadi Menteri.”

“Tapi dia tetap jadi Menteri. Mungkin ada something special yang kita tak nampak lagi.” ujar Mahathir.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...