BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNA

Tidak cemerlang SPM bukan tiket kegagalan!

241
Kejayaan atau kegagalan dalam hidup tidak ditentukan melalui keputusan SPM. Gambar hiasan oleh Benjamin Davies - Unsplash

Oleh: Dr. Norfaezah Md Khalid

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sebuah peperiksaan yang sangat penting di negara ini. Malah ia menjadi salah satu syarat penting dalam permohonan untuk menyambung pengajian, permohonan kerja dan lain-lain permohonan yang berkaitan. Ramai anak-anak dan ibu bapa pastinya mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Pengumuman keputusan SPM 2022 yang diumumkan pada 8 Jun 2023 memberi impak kepada pelbagai pihak termasuklah pentadbir, sekolah, guru-guru, ibubapa, anak itu sendiri dan banyak pihak lagi. Ada dalam kalangan lepasan SPM ini mendapat keputusan yang sangat cemerlang, ada juga mendapat keputusan ‘biasa-biasa’, bahkan ada juga yang tidak berpeluang untuk diberikan sijil. Pelbagai riak terpamer pada wajah anak-anak, ibubapa, dan guru semasa anak-anak ini mengambil keputusan mereka.

Dr. Norfaezah Md Khalid

Reaksi yang berbeza-beza ini boleh dilihat pada tiga kategori individu yang berbeza. Yang pertama, mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, namun mendapat keputusan yang tidak cemerlang seperti yang diharapkan. Kategori kedua, mereka yang berusaha biasa-biasa atau sederhana dan mendapat keputusan yang biasa-biasa juga. Manakala, kategori ketiga ialah mereka yang tidak berusaha, tidak berminat, dan tidak cemerlang dalam keputusan SPM. Individu yang berada dalam kategori pertama dan kedua, biasanya akan berasa sedih, kecewa, dan rendah diri dengan keputusan yang mereka perolehi. Bagi kategori ketiga pula, keputusan SPM mungkin tidak memberi apa-apa kesan kepada emosi dan pemikiran mereka. Respon-respon ini berkait rapat dengan matlamat masing-masing. Pastinya ibubapa adalah pihak yang sangat terkesan dengan pengumuman keputusan SPM anak-anak, walau apa jua keputusannya.

Sebagai ibu bapa, tidak dinafikan, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Kecemerlangan dalam SPM menjadi harapan setiap ibu bapa. Maka, apabila keputusan yang diperolehi anak-anak tidak seperti yang diharapkan, adalah situasi yang normal bagi ibubapa untuk berasa sedih, marah dan kecewa. Hal ini kerana, ibubapa mungkin telah berkorban dalam banyak perkara demi memastikan anak-anak mencapai pendidikan yang terbaik. Sekiranya keputusan SPM anak-anak kurang cemerlang seperti yang diharapkan, ibubapa ambillah masa untuk meredakan perasaan anda. Anda perlu melepaskan perasaan marah, kecewa, dan sedih itu agar ia tidak terus-menerus membelenggu anda. Namun, perlu diingat, tempoh masa untuk meredakan perasaan tidak boleh mengambil masa yang terlalu lama, misalnya berbulan-bulan, atau bertahun-tahun. Ibubapa adalah penguat bagi anak-anak, tanpa sokongan padu dari ibubapa, anak-anak mungkin lebih sukar untuk bangkit dari pengalaman pahit tersebut. Tidak salah untuk berasa sedih, namun, bangkitlah bersama-sama anak ini untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang masih panjang. Kegagalan adalah satu bentuk pembelajaran yang terbaik dan amat bermakna dalam kehidupan sekiranya ia dilihat sebagai satu peluang baru.

Sesuatu yang telah lepas tidak lagi dapat diulangi atau diubah, namun, kita boleh mengubah bagaimana cara kita melihat dan memahami peristiwa tersebut. Dalam hal ini, ketidakcemerlangan dalam SPM adalah peluang baru untuk anak-anak lebih memahami tentang diri mereka. Anak-anak boleh mendapatkan bantuan profesional misalnya melalui guru bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk meneroka tentang diri sendiri. Belajar untuk memahami diri, memahami minat, nilai,
personaliti dan lain-lain berkaitan diri sendiri dapat membantu individu untuk membina matlamat hidup seterusnya menyusun strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Lihat kembali faktor kejayaan atau kegagalan anda, anda akan bertemu di mana silapnya. Lalu jadikan ia sebagai panduan untuk menyusun langkah seterusnya dengan tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Terokai peluang- peluang yang ada untuk anda kerana pastinya terdapat banyak laluan selepas SPM yang boleh anda ambil untuk meneruskan laluan kehidupan anda sesuai dengan minat dan kelayakan anda.

Bangkitlah, dan cipta kisah kejayaan anda yang baharu!


Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya dan boleh dihubungi di norfaezah@um.edu.my

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...