BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

TONY PUA ADALAH PELAMPAU POLITIK DALAM DAP

147

ALOR SETAR, 24 JUN 2023 – Tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’ adalah sikap seorang pelampau politik.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau, sememangnya wujud dalam setiap organisasi.

“Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Jenis pelampau ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia sajalah yang terbaik.

Golongan ini perangai mereka tak boleh diubah dan mereka takkan beri kebaikan sama ada kepada partinya sendiri mahu pun rakan kongsi”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pelampau politik seperti Tony Pua berkemungkinan mempunyai ‘masalah otak’.

Jelas beliau, pengalamannya berunding bersama PH Kedah tidak wujud mana-mana individu mahu pun kumpulan ‘sakit otak’ seperti itu selama ini.

Menurutnya, tidak wujud kumpulan ekstrem melibatkan PH dan BN di Kedah walaupun masing-masing ada kalanya tegas mempertahankan pandangan serta tindakan yang perlu diambil.

“Kadang-kadang apabila berbincang, adalah tinggi suara sikit tetapi pada akhirnya setelah dijelaskan sebab sesuatu tindakan diambil, akhirnya semua bersetuju. Macam itulah baru budiman (gentleman).

“Saya fikir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pun tolak orang macam ini dan DAP pun tak boleh nak kawal disebabkan kumpulan ekstremis dalam parti seperti ini, susah nak berkawan dengan orang lain.

Golongan sebegini mungkin ada dalam BN serta Perikatan Nasional (PN) juga dan disebabkan itu, tak perlulah dilayan kerana Tony pun tak ada jawatan dalam DAP walaupun namanya masih ada dalam parti itu,” katanya.

Sementara itu Mahdzir memaklumkan, BN bakal membentangkan manifesto yang praktikal sebagai tawaran kepada rakyat Kedah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Bukan saja praktikal, malah manifesto itu mahu dipastikan dapat diurus dalam kadar segera. Manifesto itu tidaklah tebal sampai jadi satu buku seolah-olah Rancangan Malaysia tetapi merangkumi semua golongan termasuk orang muda dan wanita serta merangkumi pelbagai sektor seperti keagamaan serta ekonomi,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...