AMEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Pengukuhan dolar Amerika Syarikat punca kejatuhan kadar pertukaran ringgit

314

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2023 – Kejatuhan kadar pertukaran ringgit yang dialami pada tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Haji Ahmad Maslan ketika menjawan soalan lisan di Dewan Negara hari ini, selain ringgit, nilai mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China dan peso Filipina turut menyusut berbanding dengan dolar AS pada tahun ini.

Katanya walaupun terdapat mata wang jiran yang menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS, namun, negara-negara tersebut telah mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif.

“Sebagai sebuah negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka, nilai ringgit dipengaruhi oleh kuasa pasaran. Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan yang penting sebagai penyerap kejutan luaran di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti ekonomi domestik.

Oleh itu, Kerajaan terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi struktural yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang akan menyokong pengukuhan nilai ringgit. Perkara ini termasuk dasar untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia menerusi pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu (New Investment Policy – NIP).

Kerajaan juga akan memastikan kemampanan fiskal dan keadaan makroekonomi yang stabil terpelihara dengan merumus dasar fiskal jangka sederhana yang teguh, berhemah dan jelas. Dari sudut pentadbiran dasar fiskal, Akta Tanggungjawab Fiskal (Fiscal Responsibility Act – FRA) yang akan dibentangkan kepada Parlimen akan memacu penambahbaikan yang diperlukan.” kata beliau.

Tambah Ahmad, langkah-langkah tersebut, berserta dengan kestabilan politik negara, dijangka dapat meningkatkan daya tarikan jangka panjang Malaysia kepada pelaburan langsung asing (foreign direct investment – FDI) berkualiti yang akan menyumbang kepada penciptaan perkerjaan berkemahiran tinggi serta berpendapatan tinggi.

“Selain itu, BNM juga akan mengambil pendekatan untuk memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur. Bagi menangani kemeruapan (volatility) pasaran pertukaran asing, BNM akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran, serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur. Risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar AS juga dapat dikurangkan melalui penggunaan instrumen lindung nilai (hedging instruments), penekanan kepada pinjaman luar yang berhemah dan kedalaman pasaran mata wang dalam negeri yang tinggi” ujar Ahmad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...