BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KPK jamin terus tangani masalah industri getah dan diskriminasi minyak sawit

145
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof di Parlimen hari ini. Sumber gambar : Facebook rasmi beliau

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2023 – Dalam menghadapi risiko cuaca panas dan penyakit luruhan daun, Kementerian Perladangan dan Komiditi (KPK) belum menyalurkan bantuan segera tentang isu ini, tetapi sudah mengambil kira kebajikan mereka menerusi bantuan segera secara bulanan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).

Mejawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Padang Serai di Parlimen hari ini, Menterinya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof menyatakan, sejak pelaksanaan IPG pada September 2015 sehingga 31 Disember 2022, bantuan telah diagihkan kepada 210,000 pekebun kecil di seluruh negara dengan nilai pembayaran berjumlah RM448 juta.

“Bagi menangani penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diperuntukkan keseluruhan RM14.9 juta untuk Siri 1 dan Siri 2 bagi mengawal penyakit LDP dalam tahun 2023 sehingga 2024.

“Siri 1 melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta, sedang di dalam proses pelaksanaan di Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Sarawak dan Sabah, melibatkan 32 lokasi dengan anggaran jumlah keluasan 8,041 hektar.

“Bagi Siri 1 ini, ianya dijangka selesai dalam suku ketiga tahun 2023. Bagi Siri 2 pula, menggunakan peruntukkan berjumlah RM4.9 juta bagi anggaran jumlah keluasan 4,980 hektar di 8 lokasi iaitu di Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah dan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2024, ujarnya .

Manakala tentang lawatannya ke Eropah bersama ke Eropah Airlangga Hartarto, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia yang mengetuai Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke Kesatuan Eropah (EU) melalui Majlis Negara- Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di Brussels, Belgium pada 30 dan 31 Mei lalu adalah positif dan akan terus mengadakan libat urus dalam menangani diskriminasi minyak sawit yang dihadapi oleh kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.
Penjelasan Fadlillah tentang pelaksanaan European Union Deforestation Free Regulation (EUDR) dilihat sebagai suatu hukuman dan mendiskriminasi sektor agrikomoditi negara serta memberi impak negatif ke atas rantaian bekalan komoditi terbabit, khususnya sektor sawit.

“Antara isu yang telah diketengahkan adalah mengenai kesukaran pekebun-pekebun kecil untuk memenuhi keperluan EUDR, penerimaan dan pengiktirafan EU terhadap skim pensijilan mampan negara-negara pengeluar sebagai asas dalam penilaian (due diligence) dan penjelasan teknikal mengenai sistem penanda aras (benchmarking) EUDR yang kurang jelas.

“Malaysia dan Indonesia turut menggesa pihak EU untuk memastikan proses pelabelan dilaksanakan secara telusdan efektif agar Malaysia dan Indonesia tidak dikategorikan sebagai negara berisiko tinggi dengan mengambilkira usaha-usaha yang telah dijalankan dalam memastikan kemampanan sektor agrikomoditi kedua-dua negara.

“Kedua-dua negara turut menekankan bahawa penilaian risiko di bawah sistem penanda aras oleh EUDR juga perlu merujuk kepada syarikat dan bukannya berdasarkan sesebuah negara bagi mengelakkan pelabelan yang tidak adil.

“Delegasi misi juga telah mencadangkan agar pihak EU menubuhkan satu Kumpulan Kerja Khas (Task Force) untuk bersama-sama meneliti dan membincangkan cara serta kaedah pelaksanaan EUDR yang boleh memanfaatkan semua pihak.” kata Fadillah.

Antara perkara yang perlu dibincangkan dalam Kumpulan Kerja tersebut meliputi:
⁃ Kesan pelaksanaan EUDR terhadap pekebun kecil;
⁃ Penerimaan skim pensijilan kemampanan yang telah dibangunkan oleh kedua-dua negara sebagai rujukan dalam pelaksanaan EUDR;
⁃ Garis panduan pelaksanaan sistem penanda aras yang jelas; dan
⁃ Isu-isu melibatkan pelaksanaan sistem kebolehjejakan dan geo-lokasi seperti dasar perkongsian data.

Dalam hal ini, Fadillah akan bertemu dengan Florika Fink- Hooijer, Ketua Pengarah Alam Sekitar di bawah Suruhanjaya EU (Director General in the Directorate General for Environment of the European Commission) yang bertanggungjawab dalam meneliti dan merangka EUDR pada 28 Jun 2023 di pejabatnya di Putrajaya.

“Dalam pertemuan itu nanti, akan menegaskan lagi pendirian yang Malaysia bawa semasa di Brussels, Belgium selain menjelaskan pandangan Malaysia secara khusus terhadap pelaksanaan EUDR, ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...