AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

KPKT salurkan peruntukan RM31.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam di Bahau

133

JEMPOL, 13 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM31.04 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam dalam ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’ sewaktu lawatan kerja rasmi beliau ke Bahau, Negeri Sembilan pagi semalam.

Beliau telah menghadiri Majlis Gotong Royong dan Melukis Mural sempena Program Kemampanan dan Komuniti Bandar (PKKB) di Medan Niaga Bahau 2 bagi meningkatkan kesedaran pengindahan dan pemeliharaan dalam kalangan komuniti setempat. Beliau turut turun padang meninjau kemudahan asas dan infrastruktur awam di Medan Niaga Bahau 2, Medan Niaga Bahau, Pasar Awam Bahau, tapak Dataran Taman Meranti, Dewan Kampung Baru Batu Bakar dan rumah pangsa Bahau Indah.

Jumlah peruntukan yang telah diumumkan itu meliputi beberapa projek seperti berikut;

1.Membaik pulih termasuk penggantian salur, lantai, longkang “halfround”, saliran dalam gerai dan membaiki tandas di Medan Niaga Bahau;

2.Menaik taraf termasuk kerja mengecat keseluruhan bangunan, penggantian bumbung, jubin dan lantai serta longkang yang rosak di Pasar Awam Bahau;

3.Pembinaan dataran berbumbung di Taman Meranti

4.Kerja-kerja pelebaran dan penurapan semula jalan, pembinaan jalan baharu, menaik taraf longkang utama, dewan orang ramai dan gelanggang bola keranjang melibatkan sembilan (9) buah Kampung Baru di Daerah Jempol;

5.Menaik taraf bumbung dan kerja-kerja berkaitan di Rumah Pangsa Bahau Indah; dan

6.Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Palong 6.

Nga Kor Ming turut mengumumkan kelulusan pembinaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Jempol, Negeri Sembilan berjumlah RM24 juta. PPR jenis teres satu tingkat ini bakal dibina di atas tanah berkeluasan 8.78 ekar sebanyak 100 unit di Kampung Dato’ Johan, Jempol, Negeri Sembilan.

‘Penyaluran peruntukan ini merupakan ‘sentuhan kasih sayang’ KPKT dalam meningkatkan kualiti fasiliti awam dan perumahan khususnya di sekitar Bahau sebagai salah satu usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi demi manfaat penduduk setempat.

Keseluruhan peruntukan naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur ini merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...