TUMPAT, 11 JUN 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah melakukan sesi pemantauan sempadan negara Malaysia-Thailand yang diadakan di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Kredit Foto : UKK KPDN
Lawatan sempadan ini diadakan bersama rakan strategik penguatkuasaan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Kelantan.
Dalam lawatan ini turut diadakan Sesi Ramah Mesra bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat dan Pasukan Polis Marin Thailand.
Turut hadir sama, Timbalan Menteri KPDN Puan Hajah Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN Datuk Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha PDN KPDN Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha PPP KPDN Datin Roszanina Wahab, Pengarah Pejabat KPDN Negeri Kelantan Tuan Hj Azman Ismail serta Exco-exco Kepenggunaan Negeri, Pengarah-pengarah KPDN Negeri dan Pegawai Kanan Kementerian.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment