AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

PRESIDEN KENYA BERHASRAT MENDAPATKAN KHIDMAT KEPAKARAN MALAYSIA DALAM PENYEDIAAN PERUMAHAN MAMPU MILIK

115

NAIROBI, KENYA, 7 Jun 2023 – Malaysia merupakan antara dua (2) buah Negara yang telah diberikan penghormatan untuk melakukan kunjungan kepada Dr. William Samoei Ruto, Presiden Kenya dalam satu pertemuan tertutup sempena Persidangan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) 2023 yang berlangsung di Nairobi dari 5 hingga 9 Jun 2023.

Dalam sesi tersebut, Presiden Kenya telah menyatakan minat dan hasrat kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk bekerjasama, mempelajari dan mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara. Presiden Kenya yang merupakan tuan rumah Persidangan UN-Habitat 2023 turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara gateway kepada negara-negara di rantau ASEAN.

Menurut Nga Kor Ming, Malaysia bersedia untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran, latihan serta amalan terbaik dengan mana-mana negara termasuk Kenya khususnya berkaitan inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia dalam membangunkan sektor perumahan di negara ini.

Bersempena dengan persidangan tersebut, beliau turut menghadiri 10 sesi bilateral bersama rakan-rakan sejawat dan pegawai-pegawai tertinggi daripada pelbagai negara seperti China, Columbia, Bahrain, Filipina, Palestin, Qatar, Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu. Antara perkara perbincangan adalah berkaitan agenda pembangunan mampan termasuk pelaksanaan inisiatif bandar pintar, pengurusan sisa pepejal serta peningkatan kerjasama antara negara.

“Kesemua sesi bilateral ini merupakan engagement atau jalinan kerjasama yang sangat penting bagi Malaysia dalam meletakkan negara di persada antarabangsa. Perumahan mampu milik seperti yang dibangunkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah menjadi antara tarikan kepada dialog dan persidangan pada kali ini. Dasar dan program perumahan mampu milik negara menjadi antara model dan rujukan bagi negara-negara membangun dalam penyediaan rumah mampu milik termasuk dari aspek pembiayaan dan pembinaan rumah.” kata Nga Kor Ming.

Tambah beliau lagi, pada sesi tersebut Malaysia telah mendapat respons yang begitu positif dan dijemput untuk menyertai pelbagai acara peringkat dunia bagi berkongsi amalan terbaik Kerajaan Malaysia dalam sektor perumahan, pengurusan sisa pepejal dan agenda pembangunan mampan.

Nga Kor Ming yang mengetuai delegasi Malaysia turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama dalam High Level Interactive Strategic Dialogue on Special Theme of the 2nd Session of the UN-Habitat Assembly dan Program Sampingan negara Republik China bertajuk Towards a Multilateral Collaboration and Knowledge Exchange System to Accelerate SDGs Implementation in Cities pada pagi semalam.

Turut hadir pada persidangan tersebut adalah Duta Malaysia ke Nairobi, TYT Ruzaimee Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia, pegawai-pegawai kanan Kementerian serta Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...