Home MY LNA Alam Sekitar @ MY LNA Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030
Alam Sekitar @ MY LNAAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) 2023 telah memberikan impak positif dalam mengetengahkan komitmen negara dalam agenda pembangunan mampan.

Penglibatan ketua delegasi Malaysia, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam beberapa siri ucaptama, panel forum dan pertemuan bilateral dengan Dr. William Samoei Ruto, Presiden Kenya; rakan-rakan sejawat dan pemimpin-pemimpin negara anggota UN-Habitat serta sebagai penyampai ucapan dalam program sampingan negara China telah menzahirkan kewibawaan Malaysia di pentas antarabangsa.

Pembentangan Nga Kor Ming dalam Sesi High Level Interactive Strategic Dialogue on Special Theme of the 2nd Session of UN-Habitat Assembly menarik perhatian dan minat mendalam negara anggota terutamanya dalam aspek pelaksanaan dasar, program pembangunan, pembiayaan dan penyediaan perumahan mampu milik.

Beliau turut menyatakan iltizam Malaysia bagi melaksanakan dan memacu pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dengan menggunakan empat fokus utama iaitu penjajaran dasar dengan perancangan strategik, struktur tatakelola, pengumpulan dan perkongsian data dan maklumat yang lebih tepat, dan akhir sekali dana bagi menyokong pelaksanaan SDGs.

Sementara itu, dalam program sampingan yang dihoskan oleh negara anggota Republik China, Nga Kor Ming telah dijemput untuk menyampaikan ucapan bertajuk Towards a Multilateral Collaboration and Knowledge Exchange System to Accelerate SDGs Implementation in Cities yang menyentuh pendirian Malaysia yang kekal komited sepenuhnya kepada agenda bandar mampan. Malaysia sentiasa mencari penyelesaian baharu untuk menangani pertumbuhan dinamik pembangunan bandar serta bersedia untuk menerima pakai amalan terbaik bagi menangani impak kepada alam sekitar.

Di kesempatan itu juga, Nga Kor Ming turut mengadakan pertemuan khas bersama Dato’ Seri Maimunah Mohd Sharif, Pengarah Eksekutif UN-Habitat. Dalam pertemuan tersebut, delegasi Malaysia dan UN-Habitat telah membincangkan mengenai kerjasama yang akan ditingkatkan untuk agenda pembangunan mampan. Sesi pertemuan ini sangat bermakna
bagi memastikan Malaysia terus konsisten dalam merealisasikan usaha ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health

Mental health resilience and struggles are critical issues affecting a significant portion...

Environment @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

MELP: Empowering youth for sustainable energy and environmental resilience

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The successful transition to a cleaner...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...