MANJUNG, 3 Jun 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.48 juta kepada Majlis Perbandaran Manjung dan Kampung Baru Cina dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Manjung hari ini.





Beliau telah mengadakan sesi lawatan ke Pasar Awam Ayer Tawar, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ayer Tawar, Kampung Baru Ayer Tawar (Taman Disneyland), Chinese Methodist Church dan Wesley Methodist Church Sitiawan, Manjung bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan berkaitan kemudahan awam tersebut.
Jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini meliputi projek menaik taraf dan penyelenggaraan seperti berikut;
1. Meruntuh dan membina semula Pasar Awam Ayer Tawar;
2. Menaik taraf Pasar Awam Beruas;
3. Membina kiosk penjaja diJ alan Gapis, Seri Manjung;
4. Menaik taraf sistem pencahayaan sekitar Bandar Seri Manjung danLumut;
5. Menaik taraf pencahayaan sekitar Pantai Kulit Kerang, Pantai Remis;
6. Membekal dan memasang pagar dari jenis anti-climb di sekitar Dewan Terbuka Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Pulau Pangkor;
7. Menaik taraf sistem perpaipan di tandas Teluk Nipah 2, menyelenggara slab di laluan tapak pembuangan sampah Teluk Cempedak dan menukar bumbung jenis kaca pada gerai jualan no. 5 di Kota Belanda, Teluk Cempedak;
8. Mengecat semula garisan jalan di Zon A, Ser iManjung;
9. Membaik pulih dan menyelenggara bumbung kawasan gerai di Teluk Batik;
10. Projek Pembangunan Infrastruktur dan Pengindahan Kampung Baru di daerah Manjung; dan
11. Pengubahsuaian dan menaik taraf Sitiawan Wesley Methodist Church.
“KPKT meluaskan ‘sentuhan kasih sayang’ dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM5.48 juta kepada Majlis Perbandaran Manjung dan Kampung Baru Cina serta Rumah Ibadat bukan Islam. Penyaluran peruntukan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti fasiliti awam sekitar Manjung sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat demi manfaat penduduk Manjung.” kaa Nga Kor Ming.
Tambah beliau keseluruhan peruntukan naik taraf dan pengindahan Kampung Baru Ayer Tawar merupakan “performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment