AMPendapat @ My LNA

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

251

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan selepas bencana banjir pada bulan Mac lalu. Sekurang-kurangnya ada 25 nama di atas kertas ini.

Saya difahamkan, mereka sudah buat report polis terhadap banjir yang dialami. Segala maklumat juga telah diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak-pihak berwajib.

Ada yang beritahu saya, mereka dimaklumkan jika paras air banjir tempoh hari tidak naik tinggi di rumah, mereka tidak layak mendapat bantuan. Saya kurang pasti hal ini benar atau tidak.

Yang pastinya peti sejuk, mesin basuh, tilam dan banyak lagi perabot mereka sudah ‘total lost’ kerana banjir.

Saya pening dan risau. Banyak kali mangsa banjir Paloh telefon saya. Saya tidak tahu lagi bagaimana hendak bantu mereka berkaitan wang ini.

Semalam, mangsa banjir Paloh beri kepada saya senarai nama yang masih belum terima bantuan. Mereka agak marah dan kecewa.

“Sheikh Omar, tolonglah kami macam mana hendak buat…” mereka merayu pada saya.

Mereka faham bahawa kuasa saya sekarang sangat terhad. Tetapi mereka minta bantu juga untuk mengatasi hal ini.

Atas rasa prihatin, saya hendak memohon perhatian YB ADUN Paloh Lee Ting Han untuk semak segera kes-kes ini. Mungkin boleh bertanya kepada Ketua Kampung, JKM dan agensi-agensi yang berkaitan. Tolong tanyakan apakah yang sudah terjadi sebenarnya?

Selepas itu, saya harap YB Lee Ting Han perlu luangkan masa berjumpa mangsa-mangsa banjir ini dan terangkan kepada mereka supaya semua faham apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Jika betul ada masalah teknikal, tolong jelaskan supaya rakyat faham dan berpuas hati.

Saya merayu… Saya rasa kasihan pada orang-orang Paloh ini. Mereka terpinga-pinga kerana tidak tahu hujung pangkal ceritanya.

SHEIKH OMAR ALI , MANTAN ADUN PALOH MERANGKAP NAIB PENGERUSI DAP JOHOR

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...