AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNAPertanian @ My LNAUTAMA

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

186
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof. Kredit Foto UKK KPK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK),
Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof akan mengadakan Misi ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium disusuli dengan Lawatan Rasmi ke London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023.

Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, misi ke EU merupakan misi bersama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan
Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) berikutan persetujuan antara Fadillah dan
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia (KOMENKO), Dr. (H.C) Ir. Airlangga Hartarto, pada 9 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia untuk terus menjaga kepentingan sektor sawit menerusi pemerkukuhan usaha menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.

“Hal ini merupakan tindak balas susulan pengumuman pelaksanaan European Union Deforestation Regulations (EUDR) oleh EU pada 6 Disember 2022 yang bertujuan menghalang penyahhutanan oleh aktiviti pertanian di seluruh dunia. Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu kawalan bukan tarif yang boleh memberi kesan negatif terhadap perdagangan bebas dan adil, khususnya apabila ia lebih disasarkan kepada produk agrikomoditi tropika daripada negara-negara membangun
melibatkan jutaan pekebun kecil sekali gus boleh menjejaskan rantaian bekalan global.” kata KPK.

Semasa Misi di Brussels, kedua-dua pemimpin negara dijangka akan mengadakan pertemuan serta sesi libat urus dengan barisan kepimpinan tertinggi EU bagi menjelaskan pendirian negara anggota CPOPC ke atas pelaksanaan EUDR yang bukan sahaja menindas sektor agrikomoditi secara amnya dan industri sawit secara khususnya malahan menjejaskan mata pencarian jutaan pekebun-pekebun kecil.

“Sebagai salah sebuah negara anggota CPOPC, Malaysia komited untuk terlibat secara aktif dalam platform bersama ini di peringkat global untuk meneruskan agenda memerangi kempen negatif pihak Barat ke atas minyak sawit. Sesi libat urus dengan EU bagi mencapai hasil yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara pengeluar dan pengguna sawit akan dipergiat.

United Kingdom (UK) adalah rakan dagangan ke-23 paling penting kepada Malaysia. Pada ketika ini, UK masih dalam proses rundingan untuk menjadi negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Semasa sesi rundingan ke-5 yang diadakan pada 27 Februari hingga 4 Mac 2023 lepas, UK telah bersetuju untuk memberikan
penghapusan tarif sepenuhnya ke atas semua baris tarif produk Agrikomoditi Malaysia secara Entry Into Force (EIF).

Justeru, adalah penting bagi Sektor Agrikomoditi Malaysia untuk memperkukuhkan lagi hubungan dagangan dengan UK melalui Jawatankuasa Bersama Bagi Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan Dua Hala Antara Malaysia dan United Kingdom (MUKJC) dan Forest, Agriculture dan Commodity Trade (FACT) Dialogue iaitu sebuah platform dialog antara negara pengeluar dan negara pengguna untuk menjadikan perdagangan agrikomoditi global lebih mampan.” kata KPK.

Bagi lawatan rasmi di London, Fadillah akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri yang berkaitan
dengan sektor agrikomoditi di United Kingdom. Selain itu, beliau juga akan menyampaikan ucaptama dalam Forum International Sustainable Palm Oil Forum (ISPOF) anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) dan
Malaysia-Link UK dan lawatan kerja ke Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), yang merupakan salah satu pusat penyelidikan dan pembangunan getah utama dunia.

“KPK berharap kedua-dua misi ke Eropah dan United Kingdom ini mencapai hasrat negara untuk menyampaikan maklumat yang tepat secara langsung kepada pihak-pihak berkepentingan bertujuan bagi menangkis persepsi negatif dan sebarang
usaha untuk memberi tekanan terhadap sektor agrikomoditi dan perhutanan di negara ini.” ujar KPK.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...