Home AM MARITIM MALAYSIA TERIMA EMPAT KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LUAR NEGARA PADA HARI PERTAMA LIMA’23
AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

MARITIM MALAYSIA TERIMA EMPAT KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LUAR NEGARA PADA HARI PERTAMA LIMA’23

LANGKAWI, 23 Mei 2023– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Datuk Saiful Lizan bin
Ibrahim telah menerima empat kunjungan hormat daripada deligasi luar pada hari pertama Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara negara selain dapat menjalinkan kerjasama dalam mengekalkan keselamatan Zon Maritim khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Turut menjadi intipati dalam pertemuan berkenaan adalah perkongsian dan pertukaran idea dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA), penyeludupan dadah dan barangan kontraban.

Deligasi terlibat adalah Ketua Pejabat Eksekutif Komander Thailand – MECC, Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Amnuay Thongrod, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Pengawal Pantai India, Inspector General MV Pathak, Naib Komandan Pengawal Pantai Vietnam, Major General Dam Xuan Tuan serta Panglima Tentera Laut Republik Singapura, Laksamana Muda Sean Wat.

Turut hadir pada sesi kunjungan hormat berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Hamid bin Haji Mohd Amin serta pengurusan tertinggi Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

EducationMY LNA

Without the heart, it is just a machine

By: Alicia Philip In Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), educators are encouraged to...

MY LNAPendapat

Berhati-hati mencipta kandungan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Apabila berlaku perkembangan teknologi yang...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...