AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNA

Gagal kemukakan resit bayaran, sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman dikenakan tindakan

136

PUTRAJAYA 22 Mei 2022 – Sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat kepada pengadu pada 17 Mei 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata siasatan telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Petaling Jaya ke atas aduan yang dikemukakan oleh pengadu yang merupakan salah seorang daripada penduduk di bangunan kediaman tersebut berikutan kegagalan pihak pengurusan syarikat untuk mengemukakan resit pembayaran ke atas cas penyelenggaraan bangunan.

Menurut KPDN, sasil siasatan mendapati pihak pengurusan bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999 kerana gagal memberikan resit kepada pengguna bagi perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 146 Akta yang sama.

Juteru KPDN memberikan amaran kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak sekiranya didapati gagal mengemukakan resit kepada pengguna ke atas apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna itu termasuklah dengan mendakwa mereka di mahkamah.

Tindakan boleh diambil di bawah peruntukan undang-undang Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi perseorangan tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...