21 Mei 2023 – Berhubung dengan laporan media baru baru ini yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa bingung apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib bin Ali menyatakan bahawa Muhyiddin sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP.
“Saya merujuk sikap bingung yang dizahirkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Hakikatnya, Muhyiddin sendiri pernah mengajak rakyat menyokong DAP.
Meskipun Muhyiddin rasa ‘agak luar biasa’ apabila ada pemimpin UMNO menyeru ahli-ahlinya supaya menyokong DAP, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil bagi dirinya sendiri.” kata Sheikh Umar Bagharib dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, Muhyiddin sendiri pernah berkempen agar menyokong DAP. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, Muhyiddin berkata: “Prinsip PPBM, siapa bertanding atas Pakatan (HARAPAN) – DAP ke, Amanah ke, (atau) KeADILan, kita sokong 100%”.
“Pada ketika itu beliau begitu yakin. Setelah terbuang dari UMNO, PPBM dan Pakatan Harapan telah menjalin berkerjasama. Hasilnya, Pakatan Harapan menang dalam PRU-14.
Kali ini, gabungan 19 parti telah bermuafakat untuk merealisasikan titah KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca PRU-15. Justeru, seruan untuk mengukuhkan kerajaan ini adalah penting bagi memastikan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi Malaysia. Ini termasuklah dalam berdepan Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Jadi walaupun Muhyiddin rasa ‘luar biasa’, ia bukanlah batu penghalang untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menerokai naratif baharu politik rentas parti bagi mengekalkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan hari ini.” ujar Sheikh Umar Bagharib.
Baru-baru ini media melaporkan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut menyifatkan tindakan seorang pemimpin Umno meminta ahli parti menyokong DAP pada pilihan raya negeri akan datang sebagai “luar biasa”.
“Agak luar biasa. Saya pernah berada dalam Umno hampir 40 tahun dan ini kali pertama saya mendengar salah seorang pemimpinnya meminta ahli menyokong DAP.” kata Muhyiddin.
- It’s green here too
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
Leave a comment