BM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Kelab GTR Malaysia Bakal Latih Komuniti Miskin Bandar, Bantu Mereka Cari Pendapatan

179

PUTRAJAYA, 20 Mei – Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) hari ini menerima Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Program tersebut dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah diperkenalkan sejak 2013.

Pengasas Kelab GTR, Nordin Mat menerima surat berkenaan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Suhaimi Ali dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Dalam ucapan aluan beliau, Suhaimi berkata program PEKB diadakan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membantu penduduk miskin di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya berjaya keluar daripada garis kemiskinan bandar.

“Program ini merupakan salah satu daripada program pembasmian kemiskinan bandar yang dilaksanakan oleh pihak kementerian yang bermula sejak tahun 2013 dan ia bermatlamat meningkatkan kemahiran kumpulan sasar yang berdaftar dengan sistem E-Kasih dan tinggal di kawasan bandar.

“Ia dilaksanakan supaya mereka mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan punca pendapatan lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata pihak KPKT akan berusaha bersama dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) sebagai pelaksana inisiatif ini untuk memastikan kesejahteraan penduduk di bandar berada pada tahap yang baik.

Menurutnya, ia selaras dengan konsep kedua dalam Malaysia Madani iaitu kesejahteraan.

“Pelaksanaan program PEKB akan menjadi satu pakej yang lengkap di mana peserta yang mengikuti prorgam ini bukan sahaja akan diberi latihan kemahiran semata-mata tetapi juga turut disuntik dengan kursus motivasi, keusahawanan dan pengurusan kewangan,” ujarnya.

Suhaimi berkata selepas program selesai, ia tidak akan berakhir setakat itu sahaja malah peserta akan dibekalkan dengan peralatan bagi membolehkan peserta menjalankan perniagaan seterusnya akan dipantau oleh NGO yang dilantik sebagai pelaksana program.

Sasaran diletakkan oleh KPKT ialah seramai 835 orang peserta akan menyertai program PEKB tahun ini dari seluruh negara melalui 14 bidang latihan antaranya makanan dan minuman, servis pembaikan peralatan, jahitan, rekabentuk dan percetakan, perkhidmatan domestik dan peruncitan pemasaran.

Bagi Nordin, para peserta akan diberikan latihan dan bimbingan dalam perniagaan menjual burger jalanan iaitu perniagaan yang kini sudah berjaya membuka lebih 350 stall burger di seluruh negara.

“Terima kasih kepada pihak KPKT atas penyerahan surat kelulusan untuk kita melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di seluruh negara melalui program dengan GTR Burger.

“Jadi kepada yang terlibat dengan program E-Kasih, boleh kita bersama-sama untuk menjalankan program ini dan semua kos ditanggung oleh pihak kerajaan sepenuhnya,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...