AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAUTAMA

25 PEGAWAI PENGUAT KUASA TIMBA KEPAKARAN AUSTRALIAN BORDER FORCE

170

TANJUNG SEDILI, 8 Mei 2023 – Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi tempatan telah menyertai tiga hari bengkel yang dianjurkan sempena Operasi Redback Ke-18 mulai hari ini sehingga 10 Mei nanti.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bengkel yang diadakan ini bertujuan memperkasakan anggota penguat kuasa tempatan seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui teoritikal, praktikal serta taktikal dalam menangani isu-isu jenayah.

Malah selaku sebuah agensi yang berpengalaman, pihak Australian Border Force (ABF) turut akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai bidang keselamatan khususnya dalam pelaksanaan risikan dan operasi bagi kegiatan jenayah rentas sempadan.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Op Redback XVIII di sini hari ini.

Turut hadir sama pada Majlis Perasmian Op Redback XVIII Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Nurul Hizam Zakaria dan Kaunselor ABF Supretendant John Flaming.

Aminuddin dalam pada itu memaklumkan Op Redback merupakan kerjasama dua buah negara yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu hasil daripada perjanjian yang telah dimeterai antara Maritim Malaysia dan ABF dalam usaha membanteras dan mengekang aktiviti jenayah di laut khususnya aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia, dadah, barang-barang kawalan, pemerdagangan orang serta pencerobohan nelayan asing.

Beliau juga berkata bersempena Operasi Redback XVIII juga, pihak Maritim Malaysia bersama ABF turut melaksanakan community engagement dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Selain itu program jaringan komuniti ini akan mengukuhkan lagi hubungan dengan komuniti maritim setempat, seterusnya menerapkan peranan komuniti selaku mata dan telinga kepada penguat kuasa dalam membanteras serta mengekang aktiviti jenayah di laut.

Aminuddin dalam pada itu turut memberikan peringatan kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar tidak dipergunakan oleh sendiket jenayah dengan menjadi ejen-ejen sindiket seperti tonto, `spotters’, `transporters’ dan sebagainya.

Walaupun bayaran yang diberikan agak lumayan, namun masyarakat perlu mengetahui dan menyedari hukuman berat yang akan dikenakan kepada individu yang melakukan jenayah di laut sekiranya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Sempena program bersama komuniti, Maritim Malaysia dan ABF turut memgedarkan barangan keperluan seperti jaket keselamatan serta bahan-bahan promosi lain kepada penerima.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...