AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAPengguna @ My LNA

PDRM akan laksanakan OP Lancar dan OP Selamat 20

191

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 – OP Lancar akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 dan 19 April 2023 bagi memastikan kelancaran perjalanan bersempena sambutan Hari Raya Eid’l fitri 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan melaksanakan OP Selamat 20 bermula 20 April hingga 27 April 2023 (8 hari) bertemakan ‘rumah selamat, sampai ke destinasi’.

“Fokus utama operasi ini adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

Juga dalam OP Selamat 20, PDRM melalui Jabatan Pjenayah dan Keselamatan Lomuniti (JPJKK) akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes-kes pecah rumah melalui elemen kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) serta rondaan bit yang akan diatur gerak secara holistik dan sistematik di taman-taman perumahan, premis-premis perniagaan dan juga pusat ibadat di mana menjadi tumpuan orang ramai selain bagi mengurangkan beban kesesakan di taman-taman perumahan.

Sepanjang OP Selamat 20, pemantauan udara oleh unit dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) turut akan dijalankan bagi memantau dan mengesan lokasi-lokasi titik panas yang telah dikenal pasti, seterusnya menyalurkan info tersebut kepada elemen di lapangan untuk tindakan penyuraian trafik dilaksana.” katanya.

Beliau juga meminta agar pengguna jalan raya peka dengan informasi terkini berkaitan aliran trafik semasa melalui portal dan saluran rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) serta pihak konsesi lebuh raya, selain menggunakan aplikasi navigasi bagi merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, keprihatinan pengguna jalan raya untuk bersama-sama menyalurkan sebarang maklumat sama ada melalui rakaman video atau gambar mengenai tingkah laku pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan undang-undang agar tindakan dapat diambil, juga amat dipuji dan dihargai.



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...