AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

JBPM Lancar EMARS

435

SHAH ALAM, 15 Mac 2023 – Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM)telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha binti Mustafa.

Dalam ucapan perasmian di majlis tersebut YB KM berkata, “KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat.

Tambah beliau, “Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.”

Selain digunakan untuk membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan dengan menggunakan pesawat sedia ada yang diubahsuai, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuhraya.

Menyentuh mengenai Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, YB KM menegaskan JBPM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kesedaran awam kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

Tegasnya, usaha melahirkan masyarakat yang cakna akan keselamatan bukan sahaja dapat meminimumkan kehilangan nyawa dan harta benda, malah ia juga memberi impak kepada penurunan kepada nilai kerugian sosio-ekonomi yang dialami negara.

Sebagai contoh bagi kes kemalangan jalan raya, berdasarkan nilai kehidupan statistik atau value of statistical life (VSOL) yang direkodkan oleh Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS), kerajaan telah kehilangan sekurang-kurangnya RM3.12 juta ringgit bagi setiap nyawa manakala bagi kes kebakaran pula, Bomba menganggarkan kerugian secara purata RM3.2 billion setahun.

Bomba akan sentiasa dalam kesiapsiagaan untuk memperkasa khidmat kebombaan dengan memberi penekanan kepada tiga agenda utama iaitu aspek Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran dengan menjalankan pemantauan berterusan di kawasan titik panas; aspek Penyelamatan dan Keselamatan Jalan Raya dengan membuka bilik gerakan negeri dan pemantauan di lebuh raya; serta aspek Keselamatan Aktiviti di Air dengan membuat rondaan di badan-badan air yang kerap berlaku kes lemas.

Pada musim Aidilfitiri tahun ini, hanya 20 peratus daripada keseluruhan anggota seluruh negara diberi kelulusan untuk bercuti raya. Manakala 80 peratus yang lain bergilir-gilir menjalankan tugasan mengikut syif di 334 buah balai bomba di seluruh negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...