Home AM 49,000 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Khas Aidilfitri
AMEkonomiHighlightsKebajikanMY LNAPerladangan

49,000 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Khas Aidilfitri

PUTRAJAYA 12 April 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Getah Malaysia akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49 ribu pekebun kecil getah di seluruh negara.

Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta. Ia melibatkan pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga 6.0 hektar.

“YAB Perdana Menteri pada 29 Mac 2023 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

KPK telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA. Penyaluran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil sebelum atau pada 14 April 2023.” kata KPK.

Pada masa yang sama, BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah. Ia diharapkan dapat meringankan beban pekebun kecil getah di seluruh negara dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...