AMBM @ MY LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

Warga TLDM diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa

384

LANGKAWI 10 April 2023 – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama 300 orang warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertempat di Surau Al-Aziz, Markas Wilayah Laut 3, Langkawi, Kedah semalam.

Ketibaan beliau di Surau Al-Aziz disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob; Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Abu Bakar bin Md Ajis; Panglima Markas Wilayah Laut 3, Laksma Ee (Yee) Tai Peng serta kepimpinan ATM dan TLDM.

Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), Menteri Pertahanan telah meluangkan masa beramah mesra dengan warga TLDM di Markas Wilayah Laut 3 yang merupakan lokasi kedua beliau bersama warga ATM dalam majlis berbuka puasa tahun ini.

“Terlebih dahulu, majlis bermula dengan beliau menyantuni warga TLDM dan menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 50 orang warga TLDM. Penerima-penerima sumbangan tersebut adalah terdiri daripada tiga (3) kategori penerima iaitu kategori Asnaf, Ibu Tunggal dan Anggota Cedera dari kalangan anggota TLDM serta staf awam Kementerian Pertahanan yang berkhidmat di kawasan utara semenanjung Malaysia. Sumbangan tersebut merupakan inisiatif melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam suasana menyambut Ramadan.

Kementerian Pertahanan kekal komited di dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan Warga Pertahanan berada pada tahap terbaik, serta menjadi keutamaan sejajar dengan lima teras Kertas Putih Pertahanan.” kata Mindef dalam satu siaran media yang diedarkan semalam.

Selepas berbuka puasa, Menteri Pertahanan bersama-sama warga TLDM menunaikan solat Maghrib seterusnya menikmati jamuan makan yang disediakan di Dewan Tun Rahah sebelum menunaikan solat Isyak serta solat sunat Tarawih dan Witir berjemaah yang diimamkan oleh Mejar Mohd Sakri bin Yusof, Pegawai Agama, Markas Wilayah Laut 3. Majlis berakhir dengan jamuan Moreh sebagai penutup majlis sempena Ramadan bersama warga TLDM tahun ini.

Turut hadir sama ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Dr. Mohd Bakhari bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin; ketua-ketua jabatan kerajaan daerah Langkawi, pegawai-pegawai kanan TLDM serta warga TLDM khususnya dari Markas Wilayah Laut 3 dan Unit Bawah Naungan meliputi Unit Bantuan Utara (UBU) TLDM, KD SRI PINANG serta Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Pulau Pinang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...