AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

OP Khas Pagar Laut Diaktifkan Semula Sempena Aidilfitri

201

PULAU PINANG, 8 April 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan semula OP Khas Pagar Laut di seluruh perairan Malaysia terutamanya di kawasan titik panas (hot spots) sempena musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini bermula 9 April sehingga 30 April ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, operasi khas ini dilaksanakan bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya dalam musim berkenaan.

“Penjenayah mungkin beranggapan penguatkuasaan undang-undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti dan meraikan perayaan.

Justeru mereka mengambil kesempatan melakukan aktiviti jenayah seperti membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband serta barang-barang kawalan, pencerobohan, serta lain-lain jenayah berkaitan melalui jalan laut.”

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Op Khas Pagar Laut di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed, Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal serta para pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang.

Datuk Saiful menambah, pihak Maritim Malaysia akan memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia.

“Sempena operasi pada kali ini, seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa akan ditugaskan dengan kekuatan 45 buah pelbagai aset milik agensi bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara.

Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset-aset berkenaan bagi melaksanakan tugas Carilamat sekiranya berlaku insiden kapal atau bot yang membawa penumpang asing dari negara ini untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran nanti.”

Pada tahun lalu, OP Khas Pagar Laut telah berjaya membuat sebanyak 63 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan seperti kemasukan PATI, penyeludupan dadah, mercun dan pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA). Keseluruhan hasil tangkapan bernilai lebih kurang RM23 juta.

Untuk rekod Op Khas Pagar Laut dilaksanakan setiap tahun bermula 2016 dan ini merupakan tahun kelapan, melibatkan semua Maritim Negeri termasuk Zon Maritim.

Bagi memastikan kejayaan operasi pada tahun ini, Maritim Malaysia turut memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim (PUSOP) negeri yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...