AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Penjelasan JPN berkenaan isu penipu identiti terdiri dari warga asing

86

4 April 2023 – Berhubung laporan bertajuk “46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam” yang disiarkan oleh sebuah media semalam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil hari ini memberi penjelasan.

Jelas JPN dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan salah satu agensi yang diberikan kemudahan akses kepada Sistem myIDENTITY milik JPN.

“Sistem myIDENTITY mula diperkenalkan pada tahun 2012 telah dapat membantu SPA mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Pengintegrasian sistem ini juga membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon yang mana ianya merupakan keperluan wajib kerana jawatan di dalam sektor awam adalah dikhaskan untuk rakyat Malaysia sahaja.

JPN sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan pihak SPA sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat dan melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan ini.” kata JPN.

Sebagai makluman, JPN telah menyediakan kemudahan Sistem myIDENTITY kepada agensi-agensi Kerajaan bagi tujuan perkongsian data asas individu.

Tambah JPN kemudahan yang dibangunkan itu membolehkan agensi yang mendapat akses kepada sistem ini membuat semakan silang antara data pelanggan agensi dengan data JPN untuk mengesahkan kesahihan maklumat peribadi pelanggan berkenaan. Sehingga kini sebanyak 51 agensi diberikan akses kepada sistem ini.

“Manakala bagi agensi yang tidak mempunyai akses, semakan data boleh dilaksanakan dengan memohon kepada pihak JPN mengikut keperluan. JPN sentiasa membantu dan bekerjasama dengan pihak agensi dalam melaksanakan pengesahan kesahihan maklumat peribadi agar cubaan salah guna dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh JPN dalam perkhidmatan agensi dapat dibanteras.” ujar JPN.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...