Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Empat Masjid Terpilih terima Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH)

193

BANGI 1 Mac 2023 – Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengagihkan RM190,000 Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH) kepada empat (4) buah masjid bagi melaksanakan inisiatif hijau pada semalam.

Menurut MGTC dan YWM dalam satu kenyataan, 4 masjid yang telah berjaya bagi fasa pertama tersebut ialah Masjid Nurul Iman, Pulau Pinang dan Masjid Dato’ Klana Petra Sendeng, Negeri Sembilan bagi pemasangan sistem solar PV, Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi pembangunan kebun bandar lestari dan Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Johor bagi sistem pengumpulan dan rawatan air hujan serta pemasangan pili cekap air.

“WMH merupakan sumber pendanaan bagi projek pembangunan masjid di Malaysia berasaskan teknologi hijau di samping menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat. Berkonsepkan pengumpulan dana awam yang dilancarkan pada akhir tahun 2021, inisiatif ini juga diharapkan dapat meningkatkan tahap kecekapan tenaga dan air, mengurangkan kos operasi, pengurusan sisa yang baik, mengurangkan pembebasan karbon dan meningkatkan amalan hijau ke arah kelestarian alam sekitar.

Majlis Penyerahan Dana WMH ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi YWM bersempena dengan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2023, bermula 1 Ramadan 1444H yang lalu.

Menerusi majlis ini juga, beliau telah menyerahkan Plak Rumah Ibadat Hijau kepada tiga (3) masjid pertama yang telah berjaya menunjukkan pengurangan karbon berbanding penanda aras yang telah ditetapkan iaitu Masjid Al-Hasanah, Selangor; Masjid Jamek Ara Kuda, Pulau Pinang dan Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.” kata kenyataan tersebut.

Ketiga-tiga masjid tersebut telah mendapat pengiktirafan Diamond Recognition di dalam Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 anjuran MGTC. Inisiatif seumpama itu jelas menunjukkan komitmen yang berterusan daripada semua pihak dalam usaha menangani isu perubahan iklim untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih negara seawal-awalnya pada 2050.

Antara inisiatif hijau yang telah dilaksanakan adalah seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, sumber alternatif seperti tenaga boleh baharu dan telaga tiub serta pengurusan sisa terpakai melalui program 3R (Recycle, Reduce and Reuse).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...