SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe telah menghadiri dialog diantara PEKESTAR, Fusun International Holding LTD to membantu menyelesaikan masalah Projek Star City yang telah lama terbengkalai.
“Saya faham banyak komplikasi berkenaan Star City yang berlarutan semenjak 18 tahun lepas, tapi saya akan menjadikan keutamaan saya mengkaji projek ini dan seterusnya cuba membantu keperluan para pembeli Star City sedia ada”.
“Saya akan cuba sedaya upaya membantu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua belah pihak, para pembeli dan SUDC dalam isu ini” tegas Phoong lagi.
Phoong juga mengingatkan bahawa beliau telah dipilih oleh rakyat dan menjadi tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu berbangkit di Kota Kinabalu.
Turut hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Stephen Wong, Presiden PEKESTAR, Anthony Dumpangol, Pengurus Besar SUDC, Datin Leena Bohuntang, Timbalan Pengurus Besar dan Chen Full Qing, Pengurus Projek Fusun International Holding
LTD.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment