Home AM Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5
AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, ia ditawarkan oleh Bengkel Dania Garage pada 20 Mac lalu.

Menurut pemilik bengkel itu, Mohd Mustakim Mohd Munawir, beliau menganjurkan jualan amal itu sebagai sebahagian sumbangan penghargaan kepada pelanggan bengkelnya.

“Saya berterima kasih kepada semua pengguna dan pemilik motosikal yang menjadi pelanggan dan menyokong bengkel saya selama ini.

Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal,” katanya kepada media hari ini.

Tambah beliau, jualan amal yang dianjurkan selama sehari itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira tiga ribu pemilik motosikal.

Bagaimanapun pihaknya memperuntukkan sejumlah seribu unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 seunit.

“Program jualan amal ini merupakan jualan tayar motosikal bersaiz 70/90-17 serta 80/90-17, harga jualan sebenar tayar tersebut adalah RM60 seunit yang mana harga Rahmah tayar itu tidak ada dijual di mana-mana tempatlah, setakat ini hanya di bengkel Dania Garage sahaja.”

“Saya memikirkan bahawa pada bulan Mac tahun ini merupakan bulan yang amat mencabar kepada pengguna semua kerana sesi persekolahan bermula dan persiapan raya datang serentak yang mana rata-rata memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi”.

“Sebab itu saya tampil menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah memandangkan sebahagian besar pemilik motosikal ini adalah golongan B40”, kata Mustakim.

Dania Garage merupakan bengkel motosikal 100 peratus milik Bumiputera yang berpusat di Sungai Chua, Kajang.

Bengkel tersebut mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang.

Bengkel Dania Garage amat popular di media sosial khususnya di Tiktok dengan jumlah pengikut lebih 506 ribu orang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

EducationMY LNA

Without the heart, it is just a machine

By: Alicia Philip In Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), educators are encouraged to...

MY LNAPendapat

Berhati-hati mencipta kandungan

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Apabila berlaku perkembangan teknologi yang...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...