Alam Sekitar @ MY LNABM @ MY LNAUTAMA

Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

336

Dunia memberi perhatian kepada agenda air dan Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2023 merupakan kali kedua Sidang Kemuncak PBB meletakkan isu air sebagai agenda utama sejak tahun 1977. Malaysia menyahut gesaan PBB dalam Dekad Tindakan Air 2018 hingga 2028 dengan penyertaan delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ke Persidangan yang bermula pada 22 hingga 24 Mac 2023. Kerajaan Malaysia telah menerima jemputan rasmi daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres serta Pengerusi Bersama Persidangan iaitu Kerajaan Negara Belanda dan Republik Tajikistan.

Persidangan ini merupakan platform tertinggi di peringkat dunia berhubung air dan ia akan menetapkan hala tuju dan keutamaan dunia untuk meningkatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) 6 berkaitan Air Bersih dan Sanitasi. Kebanyakan negara anggota PBB menyertai Persidangan bagi menyatakan pendirian negara masing-masing dalam mesyuarat plenari dan 5 dialog interaktif meliputi lima (5) tema penting iaitu Air untuk Kesihatan (Water for Health); Air untuk Pembangunan (Water for Development); Air untuk Iklim, Ketahanan dan Alam Sekitar (Water for Climate, Resilience and Environment); Air untuk Kerjasama (Water for Cooperation) dan Dekad Tindakan Air (Water Action Decade).

Kehadiran negara diwakili Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menzahirkan komitmen negara dalam pengurusan air dan pencapaian SDG 6 serta mengetengahkan tindakan adaptasi dan daya tahan sektor air, khususnya dalam menangani isu banjir.

Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan bahawa negara menyambut baik usaha PBB bagi membincangkan isu air global secara serius, “Krisis perubahan iklim adalah krisis air. Air adalah penghubung kepada tindakan-tindakan yang digariskan dalam kerangka-kerangka PBB dan penyertaan negara akan memastikan hubungkait antara air dengan tindakan perubahan iklim, alam sekitar, daya tahan, kesihatan, sosioekonomi dan agenda pembangunan negara diberi perhatian”.

Penyertaan Malaysia dalam Persidangan bertujuan untuk memastikan kesinambungan agenda air peringkat pelbagai hala dalam forum lain seperti Highlevel Political Forum for Sustainable Development (HLPF) yang akan diadakan di New York, Amerika Syarikat dari 10 hingga 19 Julai 2023 dan Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja PBB (COP28) di Emiriah Arab Bersatu kelak. Malaysia turut menganjurkan forum bersama Alliance for Global Water Adaptation dan Aither bertajuk The Urgent Case for Action: Setting up the Water Agenda for Resilience pada 22 Mac di ECOSOC Chamber, Ibu Pejabat PBB.

Minggu Air New York turut dianjurkan oleh Kerajaan Belanda dan Republik Tajikistan dari 18 hingga 24 Mac 2023 bersempena dengan Persidangan. Minggu Air akan tertumpu kepada penyertaan organisasi bukan Kerajaan, pihak swasta dan institusi akademik bagi menjalankan program berkaitan air.

Nik Nazmi juga telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau daripada United Kingdom, Bangladesh, Singapura, Arab Saudi dan Republik Korea Selatan. Pertemuan dua hala antara Malaysia dan negara-negara ini bagi meningkatkan kerjasama khususnya dalam bidang pengurusan air menerusi perkongsian pintar dan kerjasama strategik. Selain daripada itu, pertemuaan turut diadakan bersama UN Habitat dan Persatuan Air Antarabangsa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...