AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

KPKT Proaktif Mantapkan Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti Kepada Rakyat Melalui Pelantikan Panel Berkepakaran (Panel Of Experts-POE)

90

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan Watikah Pelantikan kepada 28 orang Panel Berkepakaran (Panel Of Experts- POE) bertempat di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. Panel Berkepakaran ini merupakan individu serta pemain industri yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas dalam berkaitan sektor Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan di Malaysia sepertimana fungsi dan peranan Kementerian ini.

Ahli-ahli POE ini dilantik daripada individu berlatar belakangkan pelbagai bidang seperti perumahan, kewangan, ekonomi, kebombaan dan pembinaan. Ia juga melibatkan penyertaan individu-individu daripada institusi-institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Real Estate & Housing Developers’ Association – REHDA), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Banks Malaysia, Profesor Universiti dan lain-lain.

YB KM berkata, “Pelantikan Panel Berkepakaran (Panel of Experts – POE) ini merupakan satu inisiatif strategik Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menggembleng pengetahuan, pengalaman dan kepakaran pelbagai pihak untuk bersamasama KPKT secara khususnya dalam menentukan dasar dan program yang terbaik untuk rakyat.”

Tambah beliau, “Melalui pelantikan ini, ahli POE diharap dapat membantu memberikan khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan serta solusi kepada Kementerian bagi menangani pelbagai isu dan cabaran yang mendatang. Input serta cadangan yang dikemukakan akan diketengahkan dan diteliti oleh pihak kementerian sebelum dibawa ke pertimbangan pihak–pihak berkepentingan bagi memastikan setiap isu berkaitan KPKT dapat diselesaikan secara strategik dan teratur.”

KPKT juga akan terus melaksanakan usaha sama secara berterusan dengan pelbagai pihak termasuk pakar tempatan dan antarabangsa bagi memantapkan lagi pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Dalam majlis sama, YB KM juga merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ahli – Ahli POE Tahun 2022 di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan.

Panel Berkepakaran ini dipengerusikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming sendiri selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio Pembangunan Kerajaan Tempatan. Selain itu, Pengerusi Ganti bagi Panel Berkepakaran ini adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia-CAAM).

Majlis penyampaian watikah ini telah berlangsung dengan jayanya tengah hari semalam disusuli dengan Mesyuarat Panel Berkepakaran KPKT Siri 1/2023 di tempat yang sama. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk M Noor Azman bin
Taib, Ketua Setiausaha KPKT; YBhg. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Dan Persekitaran Mampan) serta pegawai kanan Kementerian dan agensi KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...