BM @ MY LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong

586

MANONG, PERAK, 19 Mac 2023 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang semalam merasmikan Floraponic Farm Malaysia @ Manong (FFM @ Manong) sebuah tapak akuaponik berasaskan teknologi nano berskala besar di Manong, Perak. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengurusan Tertinggi MOSTI.

FFM @ Manong merupakan sebuah projek kerjasama akuaponik berskala besar antara NanoMalaysia Berhad (NMB), sebuah agensi di bawah MOSTI, bersama Flora Niaga Sdn Bhd (FMSS) yang telah bermula sejak tahun 2022. Projek ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI dan NanoMalaysia untuk memastikan pemerkasaan jaminan makanan di Malaysia.

Projek ini diterajui oleh NMB di bawah program REVOLUTIoNT yang memberi tumpuan kepada nanoteknologi dan pembangunan produk serta penggunaan Internet Pelbagai Benda Nano (IoNT) untuk meningkatkan penyelesaian teknologi bagi pelbagai penggunaan, termasuk dalam industri makanan dan pertanian selaras dengan Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara (DSNN) 2021 – 2030, Pelan Halatuju Teknologi & Produk Nano Negara 2021 – 2025, dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025.

Menerusi REVOLUTIoNT, NanoMalaysia berhasrat untuk membangunkan ekosistem inovatif yang dapat membantu menyusun rantaian bekalan makanan supaya lebih berdaya tahan, mampan serta dapat mendepani isu keterjaminan makanan. Ia juga selari dengan kerangka dasar Malaysia MADANI terutama sekali tonggak Kemampanan, Kesejateraan
dan Daya Cipta untuk mengukuhkan keperluan ekonomi, kemasyarakatan, bandar dan luar bandar negara.

FFM@Manong menggunakan kombinasi akuakultur dan pertanian yang bersepadu dengan nanoteknologi. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan sumber makanan dengan penggunaan Panel Tenaga Suria Nano sebagai komponen penjanaan tenaga bagi mengurangkan kos operasi sekali gus memberikan lebih fleksibiliti untuk beroperasi di kawasan terpencil. Projek ini meliputi komponen kolam ikan dan sistem hasil pertanian (seperti sayur-sayuran). Antara ternakan dan sayur-sayuran yang dihasilkan oleh projek ini adalah baby pak choy, daun salad dan ikan tilapia. FFM @ Manong dikendalikan oleh Flora Niaga Sdn Bhd menggunakan tanah seluas 2.5 ekar, dengan kawasan pertanian menegak pada kapasiti sehingga 3 tan sebulan dan kawasan akuakultur pada kapasiti 6,000 ekor ikan untuk setiap kitaran pembiakan.

YB Tuan Chang Lih Kang berkata: “MOSTI berusaha untuk membangunkan beberapa inovasi teknologi bagi mengurangkan kebimbangan semasa yang berkaitan dengan peningkatan kos makanan. Penggunaan ruang dan sumber yang cekap adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan boleh diuruskan dengan sewajarnya. NanoMalaysia Berhad telah menggunakan penyelesaian berteknologi nano untuk menawarkan alternatif kepada kaedah penanaman hasil makanan yang sedia ada.”

Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata, “REVOLUTIoNT menggunakan teknologi dan penyelesaian baharu untuk menangani isu jaminan makanan di Malaysia. Nanoteknologi mempunyai pelbagai kegunaan yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar untuk menghasilkan makanan. Usaha ini juga selari dengan fokus NanoMalaysia tahun ini untuk menggunakan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) oleh PBB sebagai prinsip panduan untuk strategi korporat, budaya dan operasi NanoMalaysia dalam menangani cabaran negara dan global”.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor pertanian menyumbang 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2020. Malaysia berada pada kedudukan kelapan dalam kalangan 10 buah negara ASEAN bagi sumbangan sektor pertanian kepada KDNK. Selain itu, jumlah import makanan negara telah meningkat daripada RM45.3 bilion pada tahun 2015 kepada RM55.4 bilion pada tahun 2020 (kadar purata sebanyak 4.1 peratus setahun) menjadikan Malaysia sangat bergantung kepada makanan import.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...