Home AM Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia
AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah menerima Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som sekaligus menanggung tugas berkenaan sehingga Ketua Pengarah yang baharu dilantik.

Datuk Saiful Lizan berkata sebagai salah seorang pegawai perintis ketika penubuhan Maritim Malaysia, Dato’ Mohd Zubil merupakan antara pegawai yang telah diarahkan bagi menguruskan proses kemasukan pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke dalam Maritim Malaysia pada tahun 2006.

Atas komitmen tinggi dan kewibawaan dalam memastikan Maritim Malaysia setaraf dengan agensi penguat kuasa lain di dalam negara ini, Dato’ Mohd Zubil juga turut menjadi tulang belakang kepada usaha penubuhan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan Pahang.

Diwujudkan bagi memberikan latihan kemahiran dan kepakaran pegawai serta anggota khususnya bagi pengambilan baharu, penubuhan AMSAS ini secara tidak langsung memperkukuh keupayaan Maritim Malaysia agar dilihat relevan dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Putrajaya hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin.

Datuk Saiful Lizan menambah, pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu mencontohi dan menjadikan Dato’ Mohd Zubil sebagai idola kerana tindakan taktikal dan keberanian yang dipamerkan beliau semasa menyertai dan melaksanakan operasi-operasi yang dijalankan sama ada di dalam negara mahupun ketika mengikuti misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru warga Maritim Malaysia digesa untuk optimis memastikan semangat yang ada pada Dato’ Mohd Zubil diserap khususnya generasi baharu Maritim Malaysia dalam usaha membawa agensi ini sehingga ke persada dunia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

BizMY LNA

RESPA MALAYSIA and Glide Technology Sdn Bhd signed partnership MOU

KUALA LUMPUR 23 March 2023 – RESPA MALAYSIA signed a historic accord...

AMMY LNA

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri...

Alam SekitarHighlightsMY LNA

Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

Dunia memberi perhatian kepada agenda air dan Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...