AMBM @ MY LNAUTAMA

Naiktaraf Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tambun Bakal Memperkasa Pengoperasian JBPM Di Negeri Perak

373

IPOH, 11 MAC 2023 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada petang semalam. YAB Perdana Menteri juga turut mengumumkan naik taraf BBP Tambun daripada Balai Kategori D ke Balai Kategori C di majlis tersebut. Pengoperasian BBP Tambun ini sekaligus menjadikan Negeri Perak sebagai negeri kedua di Malaysia yang mempunyai bilangan balai bomba terbanyak iaitu sebanyak 35 buah balai.

Pada ketika ini, bilangan perjawatan di BBP Tambun adalah seramai 10 orang dan diketuai oleh seorang Pegawai Bomba Gred Penolong Penguasa Bomba KB26. Dengan pengumuman naik taraf ini, bilangan perjawatan di balai berkenaan akan ditambah kepada 29 orang anggota dengan diketuai oleh Ketua Balai gred KB29. Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) juga telah ditempatkan di balai ini bagi tujuan operasi pemadaman dan penyelamatan

YAB Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, “Meskipun kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun hanya berkeluasan 535 kilometer persegi sahaja, namun pembangunan pesat di kawasan ini termasuklah dalam sektor perindustrian seperti di Kawasan Perindustrian Bercham dan sektor pelancongan dan rekreasi seperti Lost World of Tambun yang menjadi tumpuan orang ramai turut meningkatkan risiko kemalangan.”

Dalam perkembangan sama, YAB Perdana Menteri turut mengarahkan pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat kajian yang komprehensif bagi memperkasa keanggotaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuklah kajian semula struktur organisasi dan skim perkhidmatan anggota bomba. Ini bagi memastikan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berada pada tahap yang terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada negara.

Keanggotaan lebih 15,000 orang anggota JBPM seluruh negara berbanding 33.57 juta populasi Malaysia pada masa ini, menjadikan nisbah keanggotaan adalah 1 bagi setiap 2,238 orang rakyat Malaysia. Nisbah ini sewajarnya dikaji semula seiring dengan pertambahan populasi dan pembangunan yang semakin pesat pada masa kini. Jumlah panggilan kecemasan yang perlu ditangani juga sangat tinggi melebihi 100,000 panggilan setiap tahun.

Menurut YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, “Balai Bomba dan Penyelamat Tambun ini merupakan satu projek pembinaan yang telah dilaksanakan secara “Design and Build” di atas tapak yang berkeluasan 17,197 meter per segi dengan kos keseluruhan melebihi RM3 juta. Ia asalnya merupakan Balai Bomba Kategori D yang dilengkapi dengan ruang jentera, pejabat pentadbiran, stor logistik, dan padang kawad serta kemudahan-kemudahan asas yang lain.”

Kewujudkan BBP Tambun ini turut memberikan impak yang sangat positif dalam meningkatkan penyampaian khidmat kebombaan dan penyelamatan yang lebih baik mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan iaitu response time di bawah 10 minit ketika menangani situasi kecemasan dan operasi menyelamat.

Pada tahun 2022, purata kes yang ditangani oleh JBPM Negeri Perak setiap tahun adalah melebihi 8,000 kes manakala pencapaian purata response time bagi JBPM Negeri Perak adalah 8.46 minit di mana lebih baik berbanding 8.54 minit purata masa yang direkodkan pada tahun 2021.

Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Hj. Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan Ketua-ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...