Home Gaya Hidup <strong><em>Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam</em></strong>
Gaya HidupMY LNAPelancongan

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam

Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun bersinar dengan kesegaran baharu, warna baharu dan fesyen baharu pada waktu malam.

FUZHOU, CHINA 9 Mac 2023 (Bernama) — Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou di Wilayah Fujian, yang bertajuk “Temui Fuzhou – Ekonomi pada Waktu Malam”, telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk “Paris Oriental Center”, “Discover Fujian” dan “Discover Fuzhou”.

Dalam melodi yang penuh dinamik dan ceria, bandar raya Fuzhou yang tidak pernah tidur itu yang diselubungi dengan cahaya terang dan berwarna-warni dan sekali lagi menarik perhatian dunia, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

“Fuzhou pada waktu malam adalah seperti pantulan Bima Sakti di langit”. Dalam video itu, projek mercu tanda baharu Fuzhou, bahagian utama bagi rantaian landskap “Dua Sungai dan Empat Tebing Sungai” – Nadi bagi Sungai Min, Daerah Bersejarah dan Kebudayaan Tiga Lorong dan Tujuh Lorong Belakang, Daerah Bersejarah dan Kebudayaan Shangxiahang, Pekan Air Minyue dan tempat-tempat indah yang lain kelihatan berseri dan cantik pada waktu malam. Persembahan kebudayaan berlimpah ruah di kawasan ini, seperti pasar malam, konsert, persembahan teater, persembahan jalanan dan sebagainya.

. Kota Fuzhou yang berusia ribuan tahun itu masih sibuk dengan gelagat manusia yang ramai walaupun ketika senja tiba, yang bercahaya dengan kesegaran baharu, baharu warna dan fesyen baharu.

Selama bertahun-tahun, Bandar raya Fuzhou telah melancarkan pelbagai dasar dan langkah yang menyokong untuk menggalakkan pertumbuhan yang berinovatif bagi ekonomi pada waktu malam dan mewujudkan blok ekonomi selepas senja dengan menyepadukan pengalaman pelancongan kebudayaan dan membina kemudahan komersial untuk menyemarakkan jenama “Fuzhou Yang Tak Tidur, Kota Bahagia”.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...

AMHighlightsMY LNAPengguna

Jualan RAHMAH Raya SABELLA

SELANGOR, 25 MAC 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...