KUALA LUMPUR 10 Mac 2023 – Parti DAP mengalu-alukan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% kelmarin.
Menurut Pengerusinya, Lim Guan Eng, ia merupakan berita yang baik kepada ekonomi Malaysia dalam menghadapi jangkaan pertumbuhan global yang perlahan dan tekanan inflasi yang sederhana, di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan merosot daripada 8.7% tahun lepas kepada 4.5% tahun ini, manakala inflasi dijangka purata antara 2.8-3.8% tahun ini berbanding 3.3% tahun lepas. Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada Januari tahun ini meningkat 3.7% daripada tahun sebelumnya, berbanding 3.8% pada Disember 2022.
Oleh itu, tiada keperluan mendesak oleh BNM untuk meningkatkan OPR, seperti yang dilakukan tahun lepas, apabila BNM meningkatkan OPR sebanyak 100 mata asas daripada paras terendah bersejarah 1.75% kerana ia berusaha untuk meredakan inflasi di tengah-tengah pertumbuhan yang kukuh.
Pada Januari tahun ini, BNM mengejutkan ramai pihak dengan tidak menaikkan OPR, mengurangkan beban kos kadar faedah yang lebih tinggi ke atas peminjam individu dan PKS.” kata bekas Menteri Kewangan itu.
Tambah beliau, dengan keputusan BNM tidak akan meningkatkan OPR lagi bulan ini, DAP berharap BNM dapat menunjukkan sikap pedulinya kepada kumpulan B40 dan M40, dan PKS dengan tidak meningkatkan OPR sepanjang tahun ini.
- Hong Kong Brands & Influencers Unite to Embrace Being Never Normal
- Coda Bridge and StraitsX Collaborate on Blockchain-Powered Charity Initiative to Support Singapore’s Disadvantaged Communities
- Hoa Sen Home emerges as Vietnam’s leading building materials & furniture supermarket chain
- Acclaim Insurance Brokers Celebrates 40th Anniversary with Enterprise 50 Award
- Mengniu Driving Development of Innovative HMO Nutritional Ingredients
Leave a comment